Suaminya yang juga pelakon, Zain Saidin, 30, turut berada di sisi isterinya itu sepanjang proses kelahiran berlangsung.

Menurut pengurus Rozita, Afiq Wahab, pelakon itu dimasukkan ke hospital pagi ini.

“Rozita dimasukkan ke hospital pada pukul 8 pagi tadi walaupun tiada lagi tanda untuk bersalin dan atas nasihat doktor, dia dihantar ke hospital juga.

“Tidak sangka dia terus melahirkan bayi comel ini pada hari ini dan semuanya berjalan dengan lancar,” katanya.

Zain turut melahirkan rasa kesyu­kuran kerana ibu dan bayi perempuannya itu berada dalam keadaan sihat.

Bagaimanapun pasangan tersebut memutuskan untuk memberikan nama kepada bayi comelnya itu pada minggu hadapan.

Bayi perempuan itu merupakan anak ketiga buat Che Ta dan anak pertama bagi Zain.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 11 Disember tahun lalu.