Menurut sumber yang merupakan kenalan terdekat Che Ta, jelitawan itu belum bersedia untuk mendedahkan kepada umum mengenai khabar gembira tersebut selagi kandungan belum benar-benar kukuh.

Pada masa yang sama, menerusi laman Instagram milik pereka fesyen dan vendor terkenal, Annas Easkey turut menyatakan secara jelas bahawa dia tidak sabar menantikan kelahiran adik kepada anak Che Ta, Aaisyah Dhia Rana.

“Tak sabar tunggu adik @aaisyahdhiarana111 yang baru,” memetik kapsyen dimuat naik Annas yang merupakan rakan baik pelakon dan pengacara itu.

Sementara itu, pengurusnya, Afiq Wahab ketika dihubungi Utusan Online menafikan dakwaan tersebut, malah usaha untuk mendapatkan penjelasan daripada Che Ta sendiri tidak berhasil memandangkan telefon bimbitnya mengalami masalah. - UTUSAN ONLINE