Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Rossa cipta sejarah

Menjadi artis pertama Indonesia buat persembahan solo di Istana Budaya

ROSSA  tidak sabar untuk mengadakan persembahan di Istana Budaya 2
ROSSA tidak sabar untuk mengadakan persembahan di Istana Budaya pada 22 dan 23 Mei ini.

Pertemuan dan perpisahan semuanya urusan Allah dan begitu juga Datuk Rossa yang berserah kepada jodoh untuk bergelar isteri.

Pernah mendirikan rumah tangga sebelum ini bersama dengan Surendro Prasetyo atau lebih dikenali sebagai Yoyo, Rossa nyata tidak mahu tergesa-gesa membuat pilihan.

Rossa atau nama sebenarnya Rossa Roslaina Sri Handayani bagaimanapun sempat berkongsi ciri-ciri jejaka idamannya untuk dijadikan seorang suami.

“Jika ditanya sama ada saya mahu kembali bercinta dengan jejaka yang bagaimana, sudah pasti saya mahukan lelaki yang lebih berusia dan matang,” jelasnya.

Tambah Rossa lagi, sudah semestinya lelaki yang mahu dikahwini itu perlu bijak, berakhlak dan lebih matang daripadanya.

Rossa menerusi perkahwinan sebelum ini bersama Yoyo dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Rizki Langit Ramadan, 9 tahun.

Timbulnya cerita tentang keakraban antara Rossa dan Afgan baru-baru ini membuatkan dia tertawa apatah lagi jejaka itu bertentangan dengan ciri-cirinya untuk dijadikan suami.

Menjelaskan mengenai isu tersebut, jelas Rossa, penyebaran berita itu dibuat oleh mereka yang tidak tahu tentang hubungan sebenar antara dia dan Afgan.

“Bila orang kata saya rapat dengan Afgan, memang saya terus tergelak kerana Afgan itu sudah ibarat adik saya sendiri.

“Tambahan pula jarak umur kami yang berbeza dan dia jauh lebih muda daripada saya jadi tidak mungkin kami akan bercinta,” jelasnya.

Berkongsi cerita mengenai hubungannya bersama Afgan, jelas Rossa, mereka mula rapat sejak lima tahun lalu.

“Selain daripada Afgan, ada beberapa lagi rakan lelaki yang sememangnya rapat dengan saya. Semuanya adalah mereka yang berada dalam industri seni.

“Selalunya kami saling sokong dan menghadiri persembahan rakan-rakan. Selain itu, kami juga selalu mengadakan majlis makan-makan terutamanya di rumah saya.

“Jadi hubungan itu memang sudah akrab sejak daripada dulu lagi, cuma mungkin ada segelintir yang tidak tahu mula memperkatakan tentang perkara ini,” jelasnya.

Tambah Rossa lagi, dia juga tahu yang kebanyakan peminat Afgan sudah mengetahui mengenai hubungan antara mereka berdua.

“Saya pasti, ramai peminat Afgan tidak percaya dengan gosip tersebut kerana mereka tahu hubungan antara saya dan Afgan bagaimana,” jelasnya.

Bukan saingan

Perkembangan industri seni Indonesia sangat meluas dan kedatangan penyanyi-penyanyi baru semakin kerap.

Namun, bagi Rossa sendiri, dia melihat perkara itu sebagai sesuatu yang bagus dan menafikan sekiranya perkara itu akan membuat kedudukannya sebagai penyanyi tergugat.

Jelas Rossa, dia tidak pernah takut dengan kehadiran penyanyi baharu kerana kedudukan mereka masih lagi berbeza.

“Kedatangan penyanyi baharu itu akan merancakkan lagi industri seni tetapi saya tidak risau jika mereka menggugat saya.

“Kita bercakap mengenai pengalaman dan ternyata, pengalaman saya sebagai penyanyi jauh lebih lama berbanding mereka jadi buat apa hendak takut,” jelasnya.

Tambah Rossa, kebanyakan penyanyi baharu sekarang hadir dengan gaya nyanyian yang unik dan berbeza.

“Bila ada yang unik dan berbeza, ia akan memperkembangkan lagi industri seni dan akhirnya akan menjadi persaingan yang sihat buat semua penyanyi,” jelasnya.

Teruja di Istana Budaya

Sebagai seorang artis berpengalaman yang sering kali membuat persembahan hingga menjadikan Malaysia sebagai negara keduanya, Rossa akui ada satu lokasi yang membuatnya teruja hingga kini.

Ternyata pelawaan Istana Budaya untuk dia mengadakan konsert di situ diterima dengan penuh rasa terkejut.

Malah, persembahan Rossa di Istana Budaya juga merupakan konsert solo pertama oleh penyanyi Indonesia di pentas berprestij itu.

Berkongsi rasa terujanya, wanita ini menganggap tawaran itu ibarat satu penghargaan besar buatnya apatah lagi dia merupakan penyanyi Indonesia.

“Sebelum ini sudah beberapa kali saya berhasrat untuk mengadakan konsert di Istana Budaya dan bila peluang itu tiba, sudah semestinya saya terima.

“Kalau di Indonesia juga ada lokasi yang sama seperti di Istana Budaya. Semua artis berhasrat untuk melakukan konsert di sana.

“Tetapi saya diberi peluang pula untuk mengadakan sebuah konsert di atas pentas yang diidamkan ramai penyanyi Malaysia. Saya sangat bersyukur.

“Malah, saya akan berusaha untuk melakukan yang terbaik buat konsert ini apatah lagi ia merupakan sejarah bagi perjalanan karier saya dan juga Istana Budaya,” jelasnya.

Bercerita mengenai perjalanan konsertnya pada malam itu, jelas Rossa, daripada segi pemilihan lagu, dia memberi peluang kepada peminatnya untuk memilih lagu yang mereka mahukan.

“Selain daripada lagu yang akan dipilih menerusi pilihan peminat, saya juga bakal menampilkan kejutan dengan mengundang seorang penyanyi jemputan.

“Dengan siapa saya akan bergandingan itu masih lagi rahsia dan saya pasti, gandingan saya dan penyanyi itu akan membuat ramai terkejut,” jelasnya.

Sedang sibuk dengan persiapan dan jadual rutin hariannya, jelas Rossa, Istana Budaya adalah sebuah lokasi yang mencabarnya untuk mengadakan sebuah konsert.

“Sebelum ini sudah beberapa kali saya mengadakan konsert, tetapi di Istana Budaya itu berlainan. Konsert ini perlu dilakukan dengan sebaik mungkin,” jelasnya.

Tambah Rossa, masa menjadi cabaran utama kerana mereka dia hanya memiliki enam minggu untuk melakukan persiapan.

“Memang masa itu sangat singkat tetapi bagi saya, diberi peluang untuk melakukan konsert di Istana Budaya pasti akan dilakukan dengan sebaiknya,” katanya.

Konsert Malam Keajaiban Cinta akan berlangsung pada 22 dan 23 Mei ini di Panggung Sari, Istana Budaya dan dianjurkan oleh Airish Events dengan kerjasama Mask Team.

Tiket dijual dengan harga Bermula RM78 hingga RM518 dan boleh dibeli menerusi laman rasmi www.airasiaredtix.com.

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan