Portal Indian Today melaporkan, jika desas-desus pemilihan dua bintang Bollywood itu disahkan, peminat nampaknya tidak berpeluang menonton aksi Abhishek Bachchan dan Uday Chopra yang membintangi filem-filem Dhoom sebelum ini.

Menurut sumber, pengarah filem tersebut, Aditya Chopra mahukan kelainan dalam sekuel kali ini kerana mahu menarik perhatian penonton yang lebih muda.

“Siapa lagi yang layak membawakan watak hero selain Ranveer? Perbincangan juga masih dijalankan dengan Salman bagi watak penjahat,” jelas sumber.

Ini adalah kali pertama Ranveer dan Salman digandingkan dalam sebuah filem.

Penggambaran filem Dhoom Reloaded akan dimulakan awal tahun depan.

Bagaimanapun, pemegang watak heroin masih belum diputuskan.