Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Program realiti untuk anak

TIADA yang lebih menggembirakan apabila isterinya kini mengandung zuriat pertama mereka. Mungkin bagi sesetengah pihak rezeki ini tiada bezanya dengan orang lain.

 

Namun merasai sendiri semua dugaan, Fizo Omar sangat bersyukur dengan kehadiran benih cinta mereka yang sedang membesar dengan baik dalam kandungan isterinya, Mawar Abdul Karim.

Menceritakan antara babak penting sebelum mereka dihadiahkan dengan berita gembira ini, kata Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizul Wan Omar, 32, dia dan isterinya sebelum ini telah berjumpa dengan beberapa doktor sebelum membuat keputusan untuk menemui Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Dr. Hamid Arshat.

“Antara usaha yang kami lakukan adalah dengan bertemu dengan beberapa doktor tetapi semuanya tidak memuaskan sebelum kami ke klinik Dr. Hamid Arshat. Akhirnya isteri saya disahkan mempunyai ketumbuhan dan sebenarnya keadaan itu sudah sangat bahaya dan boleh menyebabkan kanser.

“Selepas setahun pembedahan itu dibuat, kami teruskan dengan pelbagai usaha sebelum isteri disahkan hamil,” kata Fizo gembira.

Pernah mengalami kekecewaan sebelum ini, kongsi Fizo ketika isterinya memberitahu mengenai keputusan ujian kehamilan dia sebenarnya tidak meletakkan harapan yang tinggi.

“Sebelum ini pernah lakukan ujian dan akhirnya kami kecewa sebab itu saya lebih berhati-hati kali ini untuk tidak mahu terlalu seronok sebelum dapat pengesahan doktor.

“Akhirnya apabila doktor sahkan Mawar mengandung, memang sukar untuk menggambarkan perasaan saya ketika itu. Saya terima berita kehamilan isteri saya dengan linangan air mata bahagia,” katanya tersenyum.

Melihat rezeki yang hadir pada waktu yang cukup sesuai, tambah Fizo ketika ini dia cuba untuk menghabiskan masa dengan isteri dalam memantau kandungan isteri kesayangan.

“Apabila orang lihat tempoh perkahwinan kami itu terlalu panjang sebelum dikurniakan cahaya mata, bagi saya itu bukan masalah. Saya yakin dengan perancangan Allah.

“Sejujurnya ini waktu sesuai untuk saya dan Mawar bergelar ibu dan ayah memandangkan ketika ini kami sudah bersedia kerana kerjaya saya juga tidak terlalu menuntut masa. Dengan kata lain saya boleh habiskan masa dengan keluarga,” katanya.

Jika sesetengah orang memilih untuk mengumumkan berita gembira ini sendiri, Fizo dan Mawar pula lebih selesa untuk membiarkan Dr. Hamid Arshat yang membuat pengumuman mengenai kehamilan tersebut.

Pengumuman yang dibuat Dr. Hamid Arshat di laman sosial, berita kehamilan Mawar ini bukan sahaja diterima dengan ucapan tahniah peminat mereka tetapi juga menjadi antara perkongsian terbanyak di laman sosial dalam waktu yang cukup singkat.

“Kami boleh sahaja umum mengenai kehamilan ini melalui laman sosial sendiri tetapi kami benarkan Dr. Hamid Arshat yang lakukan sahaja. Selain lebih berpengalaman, pada masa yang sama dia juga boleh berkongsi nasihat dengan pelayar laman sosial.

“Secara jujur kami juga sudah anggap dia seperti ayah kami sendiri yang selama ini banyak membantu saya dan isteri,” jelasnya.

 

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan