Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Perlukah FFM dijenama semula?

Kuala Lumpur 1 September 2016 - Pengerusi Finas, Datuk Mohd Khusairi
FFM pada tahun lalu dianggap antara yang terbaik dalam sejarah penganjurannya

MENJENAMA atau rebranding acara popular seperti festival filem mengikut peredaran masa memang perlu. Apatah lagi ketika usianya telah menjangkau tiga puluh tujuh tahun lamanya.

Menjenama semula bukan bererti membuang segala yang lalu, atau menggantikannya dengan yang sepenuhnya baru. Menjenama bertujuan memperkemas atau memperkukuh kedudukannya agar kekal relevan di tengah-tengah gelombang kemajuan teknologi sinematografi, pameran digital dan ruang sejagat persada maya (universal virtual stage) yang tanpa sempadan. Lebih-lebih lagi dalam menghadapi hala tuju baru negara.

Biarpun begitu penjenamaan dan penambahbaikan jika dilakukan biar berguna, biar boleh membawa perubahan. Perubahan dari yang baik kepada yang lebih baik perlu ditinjau dari segenap jurusan yang menjamin tercapainya matlamat.

Misalnya pada objektif mengapa festival dianjurkan, definisi, pengisian, peranan, pengurusan, malah organisasi. Festival yang baik perlu jelas semuanya itu untuk ia dipandang tinggi bukan sahaja oleh pengamal, sarjana dan masyarakat tetapi juga khalayak filem dunia.

Salah satu kaedah untuk menilai penambahbaikan ialah dengan melihat festival-festival filem lain di sekeliling kita – di Asia, Asia Tenggara dan lain-lain.

Festival Filem Singapura, Bangkok, Pusan, Hong Kong, Pyongyang, Yogyakarta dan Manila misalnya adalah festival-festival filem yang punya latar dan iklim sosiobudaya yang seiras dengan kita.

Festival-festival tersebut bukan sahaja ternama dan dipandang tinggi di Asia, tetapi juga oleh khalayak filem dunia, khususnya Amerika, Eropah, Afrika dan Asia.

Meninjau festival filem yang terdekat dengan kita iaitu Festival Filem Singapura (SGIFF) sahaja sudah cukup untuk kita bersedia dan memikirkan bentuk, corak dan format festival kita sendiri.

SGIFF yang ditubuhkan pada 1987 dianggap sebagai salah satu festival filem yang penting di rantau sebelah sini walaupun industri filem Singapura begitu kecil berbanding Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina.

SGIFF ditubuhkan khusus untuk memperagakan (showcasing) filem-filem terpilih antarabangsa sambil menyediakan platform bagi filem terbaik Singapura untuk diketengahkan. Dalam tempoh yang tidak sampai dua dekad SGIFF telah menjadi ikon atau jenama yang terkenal dalam kalendar kesenian, kebudayaan dan pelancongan di Asia.

Begitu juga dengan festival di Bangkok, Jogjakarta, Manila, Pusan dan Pyongyang. Semuanya berada jauh ke hadapan daripada kita.

Di Malaysia dalam jangka masa panjang tiga puluh tujuh tahun dan dua puluh lapan acara festival tentulah ada pencapaian yang telah kita raih sehingga kini. Tetapi apakah pencapaian tersebut?

Dua puluh lapan kali berfestival tentunya telah menghasilkan 28 buah filem terbaik yang terangkat dari bumi ini yang sesetengahnya mungkin menjadi klasik yang dirujuk sebagai produk jenama Malaysia yang bernilai tinggi oleh khalayak, sarjana dan penganalisis filem sejagat.

Dua puluh lapan kali festival juga tentunya turut mengesahkan terdapatnya 28 pengarah dan 28 penulis skrip terbaik sebagai pencorak nilai filem nasional kita yang boleh dibanggakan oleh masyarakat dan negara.

Tetapi, di manakah mereka semua? Di manakah filem-filem tersebut. Sejauh mana filem-filem terbaik tersebut telah berkelana ke seantero dunia membawa wajah dan budaya fikiran kita sebagai bangsa yang punya kebanggaan ?

Soalan-soalan ini tidak perlu dijawab, cukup sekadar menyatakan yang kita tidak terasa adanya karya terbaik yang kita angkat setiap tahun berjaya melepasi sempadan Selat Melaka atau Laut China Selatan.

Ada orang kata industri filem kita telah berkembang maju kerana jumlah filem yang diterbitkan telah meningkat dari purata 10 filem setahun pada akhir tahun-tahun sembilan puluhan kepada purata 50 filem setahun sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Peneterasi pemameran juga telah melebar dengan konsep baru pawagam dan bilangannya yang bertambah dibina di seluruh negara. Ini bagus. Tetapi apakah

yang telah kita capai dari segi apresiasi dan pembangunan filem nasional melalui festival nasional dan bertambahnya pawagam itu setakat ini?

Isu kontroversi seperti kategori dan definisi antara filem Malaysia dan filem nasional yang tiba-tiba meletus tahun lalu perlu dielakkan kerana boleh menjadi duri dalam daging yang merosak atau menjejaskan idealisme pembangunan filem kita.

Saya berpendapat sudah tiba masanya penganjur FFM menyediakan sebuah manual lengkap pertandingan untuk rujukan semua pihak. Manual ini penting sebagai dokumen yang bukan sahaja menyediakan garis panduan dan rujukan tetapi juga objektif pertandingan, definisi kategori anugerah, kategori juri dan penjurian. Sekiranya manual ini telah sedia ada penambahbaikan yang bersesuaian dengan matlamat pertandingan perlu dilakukan.

Pengendalian FFM secara ad hoc dengan format dan model bisnes yang sama seperti pengendalian FFM pertama anjuran EJA (Entertainment Journalist Association) atau Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan pada 1980 dahulu patutlah dinilai semula. Sebuah sekretariat tetap festival yang dibuka sepanjang tahun akan memperlihatkan usaha konsisten kita dalam menjaringkan produk terpilih Malaysia di festival dan pasaran filem antarabangsa.

Aktiviti utama festival juga perlulah lebih banyak bertumpu kepada hal yang melibatkan orang ramai. Seminar, bengkel, expo, pameran, tayangan filem terpilih atau apa sahaja yang dapat menyumbang perhatian masyarakat kepada filem tempatan patut diadakan.

Masanya amat bertepatan sekali untuk FFM dibuat penambahbaikan kerana Finas kini berada di bawah kepimpinan ‘angkatan baru’ yang muda, berwibawa,punya visi dan komited dibawah terajunya, Datuk Fauzi Ayob sebagai Ketua Pengarah. Semuanya sewajarnya dirangka sebagai sebahagian agenda untuk menjayakan matlamat pembangunan filem nasional kita khususnya dalam menelusuri jejak gerak ke arah Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan