Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Pengemis paling kacak

keanu

Ini adalah luahan hati pelakon kacak, Keanu Reeves yang dikongsi di laman sosial Facebooknya pada 27Jun 2016. Demikianlah kisah seorang lelaki kacak, ternama dan terkaya mengabdikan diri sebagai seorang yang dihormati.

Siapa Keanu? Dia adalah seorang kanak-kanak penghidap disleksia. Pada usia mudanya, di sekolah dia sering diejek dan dipulaukan oleh kawan-kawan lantaran kesusahan yang dialami keluarganya. Dibesarkan oleh ibu seorang diri, Keanu dan seorang adik perempuannya melalui episod zaman kanak-kanak yang cukup sedih.

Pun, dia akhirnya bangkit dengan bakat seni yang bukan sedikit. Mencipta kejayaan melalui filem seperti The Matrix, Keanu bukan sahaja pelakon disegani dunia, tetapi dia juga bertindak selaku penerbit dalam beberapa filem besar dunia, selain sebagai seorang ahli muzik.

Tahun ini, dia sudah mencecah usia 52 tahun. Pada usia lima dekad ini, dia masih sendiri, belum berumah tangga. Selepas wanita kesayangannya, meninggal dunia sebelum sempat mereka berkahwin, Keanu kekal memilih untuk hidup sendiri dan terasing. Hidup Keanu memang sarat dengan kesedihan, sepertinya malang bertimpa-timpa dan tidak pernah bernoktah sedari kecil sehingga membawa dia kepada kedewasaan. Kekacakannya bukan hanya pada wajah, tetapi jauh lebih penting lagi, hatinya turut mulia.

Biarpun menjadi pelakon popular, dia tidak pernah bermasalah untuk kerjanya dibayar murah, agar aktor-aktor lain yang main bersamanya mendapat bayaran yang mahal. Ia juga hanya tinggal di hotel-hotel murah. Ia tidak membeli rumah mewah atau hidup di istana megah seperti aktor-aktor terkenal lainnya.

Meskipun dihancurkan oleh kesedihan yang bertali arus dalam hidup, dia kekal bertahan dan membintangi beberapa filem yang sangat sukses. The Matrix membawa namanya jauh lebih tinggi, tetapi dia masih tidak dapat menyembunyikan kesedihan, ia selalu dilihat hidup sendirian. Banyak tersebar di internet, beberapa foto oleh paparazi yang memperlihatkan Keanu sedang makan di taman-taman, sambil melamun sendirian.

Tetapi kesedihan ini tidak membuat ia menjadi orang yang putus asa, dan rosak hidupnya. Sikap positif, membuatkan dia tidak menyalahkan dunia atas kesedihan-kesedihan peribadinya. Tidak pernah terdengar cerita buruk tentang peribadinya punya skandal dengan artis wanita cantik, tidak pernah ada sebarang skandal, atau terlibat pesta-pesta liar Hollywood. Sedangkan umum percaya, lelaki sekacak dirinya, dengan kekayaan yang dimiliki, mendapatkan wanita jelita bertukar ganti siang dan malam adalah semudah memetik dua jari.

Hari ini, Keanu sangat dikenali di Hollywood tentang sikap dermawan dan sederhana dirinya. Ia selalu memberikan hadiah mahal kepada siapapun yang membantunya dalam karier. Ia pernah membelikan motor Harley Davidson kepada beberapa orang krew filem. Ia juga pernah memberikan $80 juta dollar kepada para krew The Matrix. Jumlah itu adalah sebahagian dari jumlah $144 juta dollar yang diterimanya saat membintangi filem itu.

Para krew filem semua menyukainya, kerana Keanu selalu dengan sopan berkenalan dengan mereka dan menghafal nama mereka yang bekerja dengannya. Tidak ada seorang pun di Hollywood yang menceritakan hal buruk tentang Keanu, semua orang selalu memuji kerendahan hati dan kebaikannya.

Ayah pengedar najis dadah

Keanu lahir di Beirut, Lubnan. Ayah dan ibunya bertemu di sana, dan kemudian bernikah. Ayahnya sering keluar masuk penjara kerana masalah dadah. Pada 
umur 3 tahun, ayahnya benar-benar meninggalkan Keanu dan ibunya dan kali terakhir dia bertemu ayahnya adalah pada usia 13 tahun.

Mangsa perceraian.

Sebagai ibu tunggul, perjuangan hidup sudah tentu amat hebat demi membesarkan dua anaknya. Emak Keanu selalu berpindah kerja menjadikan lelaki ini dan adiknya sering berpindah-randah sekolah juga. Di sekolah dia sering dihina dan dicemuh sebagai ‘anak haram’ kerana tidak tahu membaca. Tidak banyak yang tahu, dia sebenarnya menghidap disleksia, yang membuatkan penghidapnya sulit untuk membaca dan belajar secara konvensional.

 Pada 1993, sahabat karib Keanu yang juga aktor, River Phoenix (abang aktor Joachim Phoenix) meninggal dunia kerana masalah penyalahgunaan dadah pada usia 23 tahun. Keanu sangat terkesan dengan kehilangan sahabat baiknya ini dan mengambil masa yang agak lama untuk menerima kehilangan. Pada 1999, Keanu kehilangan bayinya yang dikandung Jennifer Syme. Kesedihan itu membuatkan mereka memutuskan hubungan, tetapi mereka masih bersahabat baik. Setahun kemudian, Jennifer meninggal dalam satu kemalangan kereta.

 Kematian Jennifer membuatkan Keanu jarang dilihat bersama wanita lain. Dalam wawancara sebuah majalah, Keanu berkata, “Dalam hidup aku, kesedihan tak pernah berakhir, ia hanya berubah wajah.”

 Penyumbang dana terbesar kepada adiknya yang menghidap kanser, selain turut menubuhkan sebuah yayasan kanser, tetapi tidak menggunakan nama sendiri. Dia juga ada menubuhkan yayasan khas untuk kanak-kanak kurang bernasib baik.

Keanu sering membeli makanan di tepi jalan dan duduk bersama orang-orang yang tidak dikenali, bercakap dan berkenalan dengan mereka. Ada satu video yang memperlihatkan saat Keanu naik kereta api, dan dengan sopan mempersilakan seorang wanita untuk duduk di kerusinya.

Diwawancara tentang sikap dermawan, Keanu cuma berkata, “Wang adalah hal terakhir di dalam hidup yang aku fikirkan. Dengan apa yang aku miliki sekarang, aku dapat hidup dengan sederhana selama berabad-abad. Mungkin aku satu-satunya bintang Hollywood yang tidak punya mansion, tidak ada pengawal,dan tidak memakai pakaian mewah. Aku masih boleh naik kereta bawah tanah, masih dapat hidup sederhana berabad-abad,” kata Keanu ketika ditanya tentang kekayaan yang tidak diguna-pakai seperti orang kaya yang lain.

“Aku berjalan dan berhenti untuk makan di sebuah kafe kecil. Dari jendela aku melihat seorang gadis remaja dalam kedinginan, dia tersandar di pinggir jalan. Aku melihat dia memeluk sesuatu. Dia adalah gadis pengemis, orang yang berjalan di sisi, mengabaikan dirinya. Dia terlihat cukup kotor sekali. Setelah selesai makan, aku pergi ke luar dan membawa dompet. Aku bercadang untuk memberikannya sedikit wang, sekitar US$5 untuk dia membeli beberapa makanan. Aku mendekatinya dan dia menangis. Usianya sekitar 14 atau 15 tahun. Aku terkejut sekali, dalam pelukannya adalah seorang bayi.

“Aku merasa cukup terkejut dan tidak pernah sama sekali menduga, itu yang aku akan lihat. Si gadis kecil itu mendongak melihat aku dengan tatapan penuh tanda tanya. Aku bertanya apakah dia sudah makan pada hari ini, lalu aku mengajak dia ke sebuah warung kecil. Aku membeli sebotol susu formula untuk bayi. Ya, aku anggarkan bayi dalam pelukannya itu baru berusia dua atau tiga bulan. Aku membawa mereka kembali ke kafe, meski pun aku baru sahaja makan di situ. Dia aku lihat begitu berbahagia dan bersyukur apabila ku berikan seketul burger.

"Kami pun mula membuka bicara. Dia adalah gadis berusia 15 tahun, hamil, dan itu membuat orang tuanya marah. Lalu dia berjuang sendirian untuk membesarkan anak dalam kandungannya. Dia memilih untuk melarikan diri semenjak satu tahun yang lalu. Aku gagahkan diri untuk bertanya, apakah dia ingin pulang tetapi dia hanya terdiam. Aku memujuk dirinya. Katanya, orang tuanya tidak mahu dia kembali ke rumah. Aku memujuknya lagi, dia akhirnya mengakui begitu takut untuk kembali ke rumah kerana telah mencuri US$5,000 milik ayahnya.

"Dia ingin kembali ke rumah, tetapi dia takut tidak ada yang ingin dia lagi setelah apa yang dilakukan. Kami berbicara lagi, aku betul-betul memujuk dirinya untuk menelefon ke rumah. Tetapi dia tetap berdegil, tidak mahu.

"Aku nyatakan kepadanya bahwa aku akan telefon dan melihat apakah orang tuanya ingin bercakap dengan dirinya. Dia ragu-ragu dan memberi pelbagai alasan, tetapi akhirnya dia bersetuju dengan apa yang aku sarankan. Dia memutar nombor dan aku mengambil telefon itu. Ketika ibu si gadis itu menjawab, aku berkata ‘Hello.’

"Aku sukar memperkenalkan diri dan terus memberitahu, bahawa anak gadisnya ingin berbicara dengannya. Tidak lama kemudian, aku mendengar ibunya menangis, bersungguh-sungguh. Kemudian, aku memberikan telefon itu kepada gadis itu dan dia terus menjerit, memanggil ibunya. Barangkali juga, kedua-duanya menangis bersama-sama di talian dan aku hanya memerhatikan detik itu. Mereka berbicara, dia memberi telefon itu kembali kepada aku, aku pun bercakap seketika dengan ibunya, sekali lagi.

"Aku kemudian menghantarnya ke stesen bas dan membeli tiket bas untuk dia pulang ke rumah. Aku memberinya wang tunai US$100 untuk belanja dan beberapa keperluan seperti lampin bayi, tisu, makanan ringan untuk sepanjang perjalanan. Dia hanya menangis mengucapkan terima kasih, berulang-ulang kali. Aku memberinya ciuman di dahi dan pelukan kejap. Aku kemudian memilih untuk mencium bayinya, dan mereka kemudian menaiki bas.

"Beberapa tahun kebelakangan ini, aku selalu mendapat sekeping kad ucapan Hari Natal, setiap tahun darinya. Dia sekarang berusia 21 tahun dan telah menghabiskan pendidikan tinggi dalam bidang perguruan. Aku tidak pernah benar-benar memberitahu sesiapa pun tentang hal ini. Aku hanya merasa cukup senang apabila akhirnya aku tahu bahawa aku telah melakukan sesuatu yang baik di dunia ini.

"Jadilah agen perubahan, jika kalian ingin dunia ini berubah lebih baik!"

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan