Perkara itu disahkan oleh seorang kakitangan mahkamah yang enggan dikenali dan tidak mahu mendedahkan maklumat lanjut mengenai kes tersebut.

Hanez Suraya atau nama sebenarnya, Hanez Suaraya Abdul Aziz, 32, bagaimanapun difahamkan tidak hadir ke mahkamah dan hanya mewakilkan peguamnya.

Hanez dan Romie sebelum ini telah selamat diijabkabul pada Mac 2015 dan baharu dikurniakan anak pada awal tahun lalu. - UTUSAN ONLINE