Nynaa Harizal 

Bagaimanapun keadaan itu tidak buat Nurul Hanynaa Harizal, atau Nynaa. Pencarian Gadis Panca minggu ini mengakui dia benar-benar jatuh cinta dalam bidang kira-kira itu sejak mengenali angka lagi.

Dunia angka juga menjadi sebahagian daripada hidupnya selepas melangkah masuk alam persekolahan. Subjek itu juga menjadi sasaran setiap kali menjelang peperiksaan tahunan.

“Sejak kecil lagi, saya suka mengira. Apa saja nombor di depan mata, saya buat kira-kira. Tambah, tolak, bahagi dan darab, semuanya saya buat pengiraan secara congak di kepala.

“Bila dah masuk sekolah, subjek itu yang menjadi kegemaran saya. Mesti skor A setiap kali peperiksaan. Tak pernah dapat gred lain, mesti A punya,” kata Nynaa yang pernah diangkat sebagai pelajar terbaik sekolah.

Membuat latihan acap kali dan membuat ulang kaji 12 jam setiap hari dalam subjek berkenaan setiap hari, itu adalah formula kejayaan yang dipegang Nynaa hingga tamat peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM).

Minat mengira juga mendorong Nynaa memilih bidang akauntan di Kolej Universiti KDU Kuala Lumpur yang dilihat dekat dengan jiwanya. Mengira adalah penguasaan utama Nynaa, sudah pastilah dia tidak akan melepaskan begitu saja.

“Banyak manfaat yang boleh kita beroleh jika kita dapat menguasai Matematik. Paling penting, dapat kemahiran berfikiran logik apabila kita akal fikiran kita tajam,” katanya.

Satu lagi kemahiran Nynaa adalah menunggang kuda yang dipelajari sejak kecil. Biarpun secara suka-suka namun Nynaa mengakui yang dia semakin jatuh cinta dengan sukan berkenaan.

Apatah lagi sewaktu keluarganya berpindah ke Johor Bahru, Johor tiga tahun lalu, Nynaa bertuah kerana berkesempatan untuk belajar menunggang kuda dengan tenaga profesional di Kelab Polo Royal Johor.

Pengalaman berharga itu menyebabkan Nynaa lebih teruja untuk mengenali lebih dekat sukan berkenaan biarpun kini sudah berpindah semula ke ibu kota.

“Tip menunggang kuda dengan baik ini mudah saja, caranya perlu sabar, berani tahu karektor kuda yang kita tunggang. Haiwan ini sangat unik, semakin kita rapat dengan dia, semakin dia memahami kita,” katanya lagi.

Biodata

Nama penuh: Nurul Hanynaa Harizal

Nama singkatan: Nynaa Harizal

Tarikh lahir: 21 Oktober 1996 (21 tahun)

Tempat lahir: Ampang, Selangor

Kemahiran: Boleh bermain piano dan berlakon sejak kecil.

Moto kehidupan: Yakin, sentiasa berusaha dan tawakal adalah cara paling bijak dalam membuat keputusan. Bertolak ansur juga bukan bererti kita mengalah.

Impian menyertai Gadis Panca: Saya mahu melangkah setapak dalam bidang seni kerana merasakan diri mempunyai bakat dan mahu memajukan diri dalam bidang seni dan hiburan.