Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Neelofa atur strategi bina empayar

SELAIN sibuk menjadi pengacara rancangan televisyen, Neelofa juga 2
SELAIN sibuk menjadi pengacara rancangan televisyen, Neelofa juga bijak membahagikan masa demi perniagaan yang dijalankannya.

JIKA disenaraikan nama-nama selebriti tempatan yang mampu menempatkan diri dan berjaya dalam lebih daripada satu bidang, sudah tentu Neelofa atau nama sebenar beliau, Noor Neelofa Mohd. Noor meniti di bibir peminat dan pengamal media.

Apa tidaknya, aktres jelita yang semakin mengukuhkan kedudukan dalam bidang pengacaraan menerusi program Meletop di Astro kini berada di atas titian yang betul, mengatur langkah untuk membina empayar dan berjaya sebagai usahawan muda.

Selain mengacara dan berlakon, beliau kini sibuk menguruskan perniagaan tudung dan kanta lekap yang semakin mendapat perhatian di pasaran tempatan dan antarabangsa.

“Saya mula berjinak-jinak dalam perniagaan sejak lapan tahun lalu. Rezeki dan pencapaian pada hari ini tidak berlaku begitu sahaja kerana dalam tempoh lapan tahun, saya telah mencuba pelbagai bidang perniagaan termasuk menjual kasut, pakaian Muslimah, suplemen kesihatan dan macam-macam lagi.

“Minat dalam perniagaan telah timbul sejak usia remaja. Pada umur 18 tahun, saya sudah mengendalikan blog perniagaan dan alhamdulillah, sehingga kini perniagaan semakin berkembang dengan baik,” katanya.

Berkongsi pengalaman mengusahakan perniagaan sendiri, Neelofa mengakui banyak cabaran yang terpaksa ditempuhi demi memastikan perniagaan yang dijalankan tidak terhenti begitu sahaja.

Jelasnya, bergiat dalam bidang perniagaan memerlukan kesabaran serta komitmen yang tinggi dan dalam masa yang sama, beliau mengatur strategi untuk menghadapi simpang siur perniagaan.

“Bagi mereka khususnya golongan muda di luar sana yang menyimpan hasrat untuk memulakan perniagaan, jangan ambil masa lama untuk melakukannya. Mulakan dengan konsisten dan secara kecil-kecilan.

“Kalau gagal sekarang, anda masih ada masa untuk bangkit dan mulakan semula. Itu adalah kunci kepada kejayaan dalam perniagaan,” ujarnya.

Disoal mengenai perkembangan terbaharu, Neelofa memberitahu selain sibuk dalam bidang pengacaraan dan perniagaan, beliau kini bercadang untuk aktif kembali dalam bidang lakonan.

“Bermula April tahun ini, saya akan mula berlakon kembali dan merancang untuk menerbitkan program bual bicara tentang wanita yang akan dihoskan oleh saya sendiri,” ujarnya.

Bercerita tentang kontroversi, Neelofa menyangkal pendapat sesetengah pihak yang menganggap beliau seakan sudah ‘bersih’ daripada cerita-cerita negatif berkenaan dirinya.

“Jika diikutkan, gosip tentang saya tidak pernah sepi dan sentiasa ada di media khususnya media sosial. Namun, saya kini mengambil langkah berdiam diri dan tidak melayan khabar-khabar angin yang melanda.

“Biar apa sekalipun provokasi dilemparkan, saya tetap dengan pendirian untuk tidak memberi apa-apa komen dan lebih senang berdiam diri.

“Tentang media sosial, saya lebih berhati-hati dalam memuat naik gambar mahupun status di Instagram atau Facebook. Ahli keluarga dan rakan-rakan juga banyak memberi nasihat dan pandangan mereka,” katanya. – AL FAIZAL

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan