Menurut sumber yang merupakan krew produksi drama yang bakal dibintanginya, Nad masih lagi aktif berlakon walaupun sedar dirinya hamil.

Bagaimanapun aktres genit itu ketika dihubungi sedikit pun tidak menafikan mahupun mengiyakan berita gembira tersebut, sebaliknya mengucapkan terima kasih dan memohon doa sebaik-baiknya.

“Saya tidak ada cakap apa-apapun. Bagaimanapun, terima kasih dan doakan untuk saya,” jawabnya ringkas kepada Utusan Malaysia. - UTUSAN ONLINE