Muzik Andy Tak Mati

Bekas pemain dram Estranged sudah temui pengganti

Andy Estranged
BAHAGIA dengan kehidupan peribadi di sisi isteri tersayang.

BERTEMU dengan bekas pemain dram kumpulan Estranged, Andy dalam satu majlis baru-baru ini, Aida terus tanyakan mengenai status terkini dirinya selepas tidak lagi bersama kumpulan berkenaan. Walaupun sekian lama tidak bersama Estranged, itu tidak bermakna Andy kini sudah melupakan muzik.

“Muzik saya masih hidup cuma bukan bersama kumpulan yang dulu. Tunggulah dulu. Siapa tahu saya akan muncul dengan sebuah band lain nanti,” kata Andy meninggalkan tanda tanya.

Sekian lama tidak bersama rakan-rakan lamanya, Andy kini sudah mempunyai pekerjaan tetap di sebuah syarikat telekomunikasi di Kuala Lumpur. Ini sekaligus membataskan ruang untuk Andy bertemu dengan teman-teman lama.

“Jujurnya saya sudah lama tidak bertemu dengan mereka, mungkin kekangan waktu. Malah lagu-lagu baharu mereka juga saya tidak sempat dengar lagi jadi saya tidak tahu macam mana mahu komen,” katanya ringkas.

Mengharapkan yang terbaik buat bekas kumpulannya , Andy tidak tahu sama ada dia boleh bekerjasama dengan mereka di masa hadapan.

“Jika ada permintaan untuk saya buat persembahan dengan mereka, saya kena tengok macam mana. Waktu sekarang pun kami tidak bertemu, mungkin kena berbincang dahulu, apa-apa yang patut,” katanya.

Jadi memang jelas perpecahan kumpulan ini tidak melibatkan persengketaan, jadi kepada orang di luar sana yang sering membuat spekulasi liar Aida harap hentikan sahaja. Malah Andy juga berjanji akan ada sesuatu yang baharu daripada dia nanti, jadi kita tunggu sahaja muzik yang akan di bawakan Andy kelak.

 

Latest

Latest

Latest

Latest

Lagi Artikel Hiburan
Anda juga mungkin meminati