Rani yang sibuk membesarkan anaknya Adira yang kini berusia setahun nampaknya sudah bersedia untuk kembali aktif dalam dunia seni.

Menerusi Spotboye.com, Rani diberitakan akan mula bekerja pada April ini. Rani juga sudah melakukan persiapan selama 45 hari untuk watak dalam filem lakonan terkininya itu.

Filem arahan Siddharth P Malhotra dan diterbitkan Yash Raj Films ini bagaimanapun masih belum mengumumkan siapa pelakon lain yang akan bekerjasama dengan Rani.

“Filem tersebut sudah melalui proses pembacaan skrip dan sekarang Rani sedang sibuk untuk kembali mempersiap diri untuk berada di hadapan kamera.

“Dia mempunyai masa 45 hari untuk kembali mendapatkan tubuh badan yang sesuai. Bagaimanapun pelakon lelaki yang akan bergandingan dengan Rani masih belum ditentukan,” menurut sumber.