Mimi One Nation Emcee 

Kali terakhir Mary dengar pasal Mimi adalah ketika dia menyertai program D'Academy Asia pada 2015.

Baru-baru ini ada seorang teman Mary beritahu, Mimi sekarang macam sudah tidak lagi bersama dengan suaminya. Kononnya dia dikatakan sudah bercerai secara senyap-senyap sejak beberapa bulan yang lalu.

Bukan apa, semuanya gara-gara Mimi dikatakan kerap memuat naik ayat-ayat jiwang dan berteras pada kesunyian. Dalam beberapa ayat luahan rasa tu, termasuk seolah-olah ingin memberitahu pada satu dunia bahawa dia senang untuk hidup seorang diri tanpa lelaki di media sosial.

Mary sudah tentulah tak nak percaya bulat-bulat selagi belum dengar cerita sahih daripada empunya badan sendiri.

Eh ya ke ni? Tak akanlah disebabkan itu sahaja maka kita nak tuduh dia sudah bercerai pula?

Kadangkala ada saja jenis orang yang tak suka menunjuk kebahagiaan melalui media sosial.

Tapi, Mary tak salahkan juga kalau ramai yang anggap dia sekarang sudah menjanda. Bukan apa, betul lah kata orang, setiap apa yang dimuat naik di media sosial, suka atau tidak kadangkala ia memberi interpretasi yang berbeza daripada setiap pembaca.

Mungkin betul Mimi dah bercerai sebab dia pun nampak macam kesepian dan keseorangan saja kebelakangan ini.

Tak salah untuk Mimi tampil menjelaskan. Itu tandanya peminat masih memberi perhatian pada Mimi walaupun dia mungkin akan kata, dia bukan siapa-siapa sekarang ini, sudah sejuk beku tanpa publisiti. Siapa tahu selepas ini rezeki hendak popular balik, kan?