Digambarkan umpama `Guardian Angels’ buat Cinta, tidak keterlaluan untuk dikatakan bahawa kalau tiada watak Milli, Maura dan Karmen, penceritaan AADC barangkali akan menjadi sedikit hambar kerana kurang punya pemanisnya.

Dilihat punya aura yang kuat selain watak Cinta dan Rangga, Sissy Priscilla (Milly), Titi Kamal (Maura) dan Adinia Wirasti (Karmen) masing-masing juga berupaya mencipta fenomena mereka yang tersendiri sehingga ada yang mengatakan, andai tiada mereka, filem ini mungkin tidak cukup kuat untuk dianjak kepada penghasilan sekuel keduanya.

Sebagaimana watak Cinta dan Rangga, peminat juga menyimpan keinginan untuk melihat perkembangan tiga watak ini selepas 14 tahun meninggalkan impak nostalgia zaman remaja yang hebat di kalangan peminat tegar naskhah AADC.

Bertemu dalam satu sesi fotografi, Sissy, Titi dan Adinia rancak berkongsi suka duka mereka saat melewati tempoh 14 tahun itu dan pandangan mereka mengenai watak masing-masing yang kini lebih dewasa dan matang.

Titi (Maura)

Sebagai anak remaja yang mengoda, Maura lakonan Titi Kamal juga punya penangannya tersendiri. Namun, setelah 14 tauhn, siapa sangka, Maura yang dipaparkan kini sebagai seorang isteri dan ibu kepada tiga anak sangat jauh berbeza daripada wataknya yang terdahulu.

Mengaku dia juga suka dengan perubahan dan perkembangan Maura di dalam filem ini, kata Titi, dia senang sekali menjadi Maura dan sehabis baik cuma menggalas tugasnya dengan baik.

“Sebelum penggambaran ADDC2 dilakukan, kami semua duduk berbincang bagaimana mahu membawa watak kami ini dengan lebih dewasa. Kami sendiri berimaginasi bagaimana watak yang nak dbawakan dan saya bayangkan Maura begini sikapnya selepas 14 tahun.

“Berbanding dulu, dia kini seorang yang terlalu mementingkan kesempurnaan, pendek kata semuanya harus sempurna selain dia suka berdandan dan menjaga penampilan.

“Mungkin kerana dia kini adalah seorang isteri dan punya anak dahulu berbanding kawan-kawannya yang lain, maka itu sebab Maura jadi begitu,”katanya.

Tidak menolak bahawa dia sebenarnya melakonkan watak sendiri yang mana, dia juga kini adalah seorang isteri dan ibu, kata Titi, dia tidak tersinggung dengan pendaoat orang itu kerana baginya tiada yang salah dengan kenyataan itu.

“Malah, di dalam AADC2 juga, suami dan tiga anak saya berlakon sama dalam filem ini. Tidak cuma mereka, orang gaji saya juga turut sama berlakon utnuk satu adegan di dalam filem ini.

“Pendek kata, rombongan satu keluarga berlakon dalam AADC2. Saya tak kisah kerana selesa dengan watak ini sejak dari dulu. Apa yang saya boleh katakan, saya suka dnegan perkembangan setiap daripada kami yang lebih matang dan menarik,”katanya.

"Saya tak kisah kerana selesa dengan watak ini sejak dari dulu. Yang saya boleh katakan, saya suka dengan perkembangan setiap daripada kami yang lebih matang dan menarik,” katanya.

Bagaimanapun, kata Titi, dia menyerahkan kepada penonton untuk menilai sendiri mengenai jalan penceritaan AADC2 ini kerana sedar ada banyak jangkaan yang diletakkan terhadap watak-watak di dalam filem ini.

“Terserah kepada penonton kerana apa yang pasti, kita semua sudah melakukan yang terbaik. Bukan kerana ia filem ini semata, tetapi kerana kami tahu, watak ini juga dekat dengan kami, nostalgia buat kami,”katanya.

"Bukan kerana filem ini semata-mata tetapi kerana kami tahu, watak ini juga dekat dengan kami, nostalgia buat kami,” katanya.

Adinia (Karmen)

Kalau dilihat, tidak begitu meraih perhatian di dalam filem pertama terdahulu. Bagaimanapun, untuk AADC2, nyata wataknya paling menyerlahs elepas Milly yang menyaksikan perjalanan cerita Karmen itu sendiri sudah berupaya menimbulkan banyak pertanyaan di kalangan peminat tentang apa sebenarnya yang telah terjadi kepada si wanita garang ini.

Rupa-rupanya, sepanjang 14 tahun lalu, banyak yang telah dialui oleh Karmen yang menyaksikan hidupnya benar-benar terumbang-ambing termasuklah dia kehilangan suaminya.

Hal itu tidak diceritakan dengan terperinci namun berdasarkan bait dialognya penonton sudah mampu memahami, Karmen turut diduga dengan ujian cukup berat yang menjadikan wataknya di dalam AADC2 punya aura tersendiri.

“Saya akui sendiri terkejut dengan perkembangan watak Karmen ini. Oh rupa-rupanya banyak yang telah dilalui oleh Karmen namun itulah yang menjadikan dirinya seorang yang berbeza dan semakin matang berbanding dulu.

“Saya secara peribadi suka dengan perkembangan Karmen kerana ianya menarik. paparana yang sangat telus dan penuh jiwa dalam dirinya kini,”katanya.

Berkongsi lanjut, kata Adinia, dia sehingga kini sebenarnya sukar mempercayai bahawa pihak produksi sudi untuk menjadikan naskhah ini dalam bentuk sekuel kerana di awalnya tidak ada persetujuan mengenai hal ini.

Meski sudah berulang kali menonton, kata Adinia, dia masih gagal menukar perasaan tak percaya itu dalam emosinya yang bercampur baur.

“Saya terkesan dengan faktor waktu yang lama untuk semua ini berlaku. 14 tahun bukan satu waktu yang sekejap dna syaa tahu ramai juga yang bertanyakan hal yang sama dan menganggap ia satu tempoh yang lama untuk kemudiannya sekuel ini dihasilkan.

“Bagi saya ia seharusnya begitu. Biarkan waktu itu berlalu dengan semulajadinya supaya cerita dan watak-watak dalam filem ini dewasa dengan semulajadinya. Barulah emosi itu dirasakan dnegan tulus,”katanya.

Ditanya sama ada dia tidak kisah andai terus dipanggil dengan nama di dalam filem ini, kata Adinia, hal ini tidak cuma dirasai oleh dirinyamalah oleh semua barisan pelakon AADC lainnya.


“Awalnya (2002) rasa kekok juga dan rasa aneh, Tetapi lama-kelamaan kami semua seakan sudah sebati dengan diri kami. Malah, jangan tak tahu, di kalangan kami semua juga turut saling memanggil dengan panggilan nama yang sama.

“Mungkin kerana kami sudah selesa bersama ,”katanya yang merancang untuk menghasilkan filem bersama Dian Sastrowardoyo akan datang.

Sissy (Milly)

Seorang anak remaja yang comel, bingung, kelam-kabut dan lucu, Milly biarpun sudah dewasa kini selain dipaparkan dalam AADC2 sebagai seorang isteri dan ibu sebenarnya masih memiliki sifat yang sama sepertimana karektornya 14 tahun lalu.

Bagaimanapun, logiknya sebuah penceritaan yang lebih dewasa, kata Sissy, tentu sekali Milly kini punya sisi berbeza berbanding dahulu yang baginya Milly kini lebih bijak membawa dirinya bersama teman-teman di dalam filem ini.

“Mungkin ada orang fikir, Milly ini bodoh atau apa sebenarnya kerana dia seringkali bingung. Bgai saya, dia tidak bodoh cuma dia orang yang suka berimaginasi sendiri.

“Saya secara peribadi suka dengan watakm ini kerana Milly ini dia umpama penengah antara kawan-kawannya. Kalau Karmen dan Maura berbalah misalnya, dia akan jadi orag tengah yang akan cuba membaik pulih keadaan tegang itu.

“Dia umpama `ice breaker’ dalam geng Cinta ini dan saya suka dengan watak ini,”katanya.

Menurut pelakon berusia 31 tahun ini, dia juga melihat kedewasaan itu tidak cuma berlaku pada fizikal watak-watak dlaam filem ini, tetap kedewasaan juga turut dilihat berkembang dalam konflik jalan penceritaannya.

“Ini bukan cerita anak remaja lagi, bukan cerita budak sekolah. Sekarang semuanya sudah dewasa dan ini adalah apa yag peminat dan penonton mahu saksikan dalam AADC kerana kebanyakan yang menonton filem ini sejak tahun 2002 ia ditayangkan, mereka juga sedang membesar seiring dengan watak-watak ini,”katanya.

Dalam pada itu, kata isteri kepada Rifat Sungkar ini, dia juga menerima baik respons dan pujian yang diberikan kepadanya di dalam AADC2 yang mana, ramai melihat Milly agak menyerlah di dalam filem sekuel ini.

Menganggap kelucuannya itu dilakukan secara semulajadi, kata Sissy, ada bahagian di dalam filem berkenaan yang tidak terlalu mengikut skrip.

“Saya lakukan secara spontan dan bersahaja. Mulanya cuma bercanda, tiba-tiba semua orang suka dengan karektor sebegitu. Antara yang saya suak mengenai filem ini, ia tentang persahabatan yang sejati.

“Kami semua sudah cukup kenal antar satu sama lain kerana telah bersama hampir 15 tahun. Walau sudah lama tidak bertemu, entah mengapa seperti ada magis antara kami bila bertemu sudah seakan biasa dengan sifat masing-masing,”katanya.