Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Mercu tanda rumah baharu

A 4

Bagi yang berkemampuan, tidak lengkap rasanya sambutan Syawal tanpa memiliki barang baharu. Tidak kiralah sama ada baju, perabot, kenderaan atau apa jua jenis barangan, mampu menambah keceriaan dalam menyambut lebaran.

Samalah kisahnya dengan penyanyi senior Datuk Nassier Wahab, 55, apabila kehadiran Hari Raya Aidilfitri kali ini lebih bermakna dan mengujakan apabila rumah di kampungnya berwajah baharu.

Enggan berkongsi kos pengubahsuaian yang telah dibelanjakan, Nassier yang berasal dari Butterworth, Pulau Pinang memberitahu, rumah kampung yang asalnya diperbuat daripada papan itu diubah suai mengikut cita rasanya.

“Rumah itu sudah lama kosong, tiada sesiapa pun tinggal tetapi ada mengupah orang untuk menjaganya bagi mengemas dan membersihkan kawasan halaman.

“Namun setiap kali menjelang hari raya, kami adik-beradik tetap berkumpul di situ walaupun selepas ketiadaan orang tua.

“Seronok dapat pulang ke kampung beraya ramai-ramai. Saudara pun masih ramai di sini. Berbeza suasananya jika dibandingkan berhari raya di bandar,” katanya.

Tambah Nassier, tahun ini sedikit istimewa apabila bahagian beranda rumah tersebut mengalami pengubahsuaian drastik.

Rumah papan yang dahulunya kelihatan sedikit usang kini seolah-olah seperti baharu apabila penyanyi Bayangan Wajah Duka itu membuat keputusan menggantikan tangga kayu dengan tangga batu.

“Bukan itu sahaja, selain tangga yang diilhamkan daripada seni reka Maghribi, dinding rumah bawah juga ‘diikat’ dengan batu marmar. Dinding papan pun disapu syelek baharu untuk menyerlahkan warna klasik rumah tradisional.

“Batu tersebut kami adik-beradik susun satu persatu sehari suntuk. Satu pengalaman baharu buat kami tetapi menyeronokkan. Apabila sudah puas hati dengan susunan yang dilakukan, barulah suruh tukang rumah tekapkan pada dinding rumah batu.

“Idea ini saya dapat menerusi pembacaan di majalah dan internet. Masa mula-mula nak ubah suai dulu cuma nak tukar tangga batu sahaja, tak terfikir pula nak ada konsep.

“Tiba-tiba tergerak hati nak buat survey. Kemudian barulah dapat seperti yang boleh dilihat hari ini. Semuanya adalah keputusan saya, adik-beradik ikut bersetuju,” ujarnya yang mempunyai enam orang beradik.

Dalam pada itu, selepas rumah keluarganya itu siap diubah suai pada penghujung April lalu, keterujaan Nassier berganda apabila mendapat tahu menjadi lokasi persinggahan penduduk kampung untuk bergambar di hadapannya.

Menurutnya, kedudukan rumah tersebut di tepi jalan utama memasuki kampungnya, sekali gus menjadikan rumah tidak berpenghuni itu sebagai tarikan utama di situ.

“Sekarang ini rumah itu sudah macam mercu tanda kampung saya. Bukan sahaja jiran tetangga malah orang luar yang lalu lalang di situ juga tertarik untuk memberhentikan kenderaan mereka semata-mata bagi mengabadikan gambar masing-masing.

“Rekaannya ringkas sahaja, tak sangka pula sampai begitu sekali reaksi orang ramai. Di kawasan bandar orang sudah tak hairan rekaan seperti itu, berbeza dengan situasi di kampung mungkin kelihatan rare atau unik,” jelasnya yang pernah membintangi filem Si Jantung Hati itu.

 

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan