Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Menyanyi bukan kerana wang

3

JIKA ada penyanyi menjadikan kerjaya nyanyian sebagai mata pencarian utama namun tidak buat Azharina Azhar biarpun sudah bertapak lebih sedekad dalam industri hiburan.

Sebaliknya penyanyi berusia 30 tahun ini berkata, dia masih kekal dalam bidang nyanyian kerana itu minatnya sejak kecil.

“Saya menyanyi kerana minat dan bukan kerana wang. Malah boleh dikatakan kerjaya nyanyian bukan keutamaan saya lagi ketika ini.

“Namun saya masih menyanyi disebabkan peminat. Mereka yang mahu saya kembali aktif dan hadir dengan lagu baharu,” kata Azharina berhubung pendiriannya yang enggan menjadikan kerjaya nyanyian sebagai sumber pendapatan.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, dia perlu memberi tumpuan terhadap empat syarikat miliknya termasuk Top 3 Productions Sdn. Bhd. dan Azharina Entertainment.

Selain itu, Azharina memberitahu, dia juga terlibat sebagai pengacara program Sabah Unik dan Boleh Bah Kalau Ko yang kebanyakan penggambarannya dibuat di negeri kelahirannya, Sabah.

Justeru menurut Azharina, secara tidak langsung komitmennya itu menyebabkan dia kesuntukan masa untuk memberi perhatian kepada bidang nyanyian.

“Kalau nak cakap saya menyanyi kerana wang, sebenarnya saya sudah lama tidak mendapat royalti (jualan album) dalam pertama iaitu, Seandainya... Azharina Azhar dan Elergi Sepi.

“Tapi saya tidak mahu bercakap apa-apa tentang perkara silam tersebut. Biarlah... Ada hikmah sebenarnya.

“Kalau kejadian itu tidak berlaku, pasti saya akan selesa sebagai penyanyi sepenuh masa. Nyata tidak, saya mengambil langkah untuk menceburi bidang perniagaan pula,” katanya lagi.

Kali terakhir Azharina muncul dengan single Pergilah Cinta yang dirakamkan kira-kira tiga tahun lalu. Namun sewaktu dihasilkan, difahamkan single itu tidak dipromosikan dengan baik.

Kini, Azharina muncul dengan single baharu berjudul Cinta Kita Selamanya yang akan dilancarkan di Kuala Lumpur pada Isnin (25 Mei) depan.

Lagu ciptaan Adnan Abu Hassan itu dirakam sejak bulan lalu juga mengisahkan kehidupan baharu Azharina.

Ibu angkat

BERKONGSI cerita, kata Azharina, dia kini sedang menjaga seorang anak angkat, Rahmat Azharin Aziz Mohd. Faisal yang berusia tujuh bulan.

Bersyukur kerana akhirnya dapat merasai nikmat menjadi ibu, Azharina menambah, perasaan bahagia itu juga sukar hendak digambarkan.

“Saya selalu berdoa kepada-Nya agar mengurniakan saya nikmat untuk menjadi ibu. Itulah doa saya selama ini.

“Pada 30 September tahun lalu, dia dikejutkan oleh satu berita daripada sepupu (Mohd. Faizal) saya yang bersetuju untuk menyerahkan tanggungjawab membesarkan anaknya kepada itu.

“Itulah saat yang paling menggembirakan saya,” kata Azharina yang kemudiannya mengambil seorang pengasuh khas untuk menjaga kebajikan Rahmat sepenuhnya.

Mengulas lanjut, menurut Azharina, dia menyangka Mohd. Faizal yang merupakan sepupu paling rapat dalam hidupnya itu sanggup mengerahkan darah dagingnya itu.

Ini kerana Azharina memberitahu, Mohd. Faizal tidak perlu bersuara tentang perkara tersebut sehinggalah pada saat-saat akhir sebelum kelahiran Rahmat.

Sengaja mengusik tentang soal jodoh, kata Azharina, dia tidak pernah memikirkan perkara tersebut apatah lagi sudah hidup solo hampir tujuh tahun lamanya.

Enggan mengungkit kisah silam, kata Azharina, apa yang penting sekarang adalah kehidupannya bersama Rahmat dan perniagaan yang diusahakannya itu.

“Nanti-nantilah bercerita tentang jodoh. Kalau ada... Pasti saya akan berkongsi,” ujarnya lagi.

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan