Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Menduda 
kali kedua

Dalam proses penceraian, Hasnol fokus karier nyanyian

Hasnol bersama Marina yang sedang dalam proses penceraian. 3
Hasnol bersama Marina yang sedang dalam proses penceraian.

DUA puluh tahun bukanlah satu tempoh masa yang singkat. Menyepi tanpa sebarang publisiti mahupun produk baharu mungkin membuatkan penyanyi 90-an, Hasnol Hassan luput daripada ingatan segelintir peminatnya.

Pun begitu, andai diputarkan kembali karya ciptaan Adnan Abu Hassan, Lagu Untukmu yang menjadi lagu hitnya suatu ketika dahulu di corong-corong radio, pasti memori lalu dapat diimbas, kembali mengingatkan figura Hasnol, empunya pemilik suara yang lunak didengar.

Bertemu dengannya dalam satu majlis baru-baru ini, dia mengakui platform program realiti Gegar Vaganza membantu menaikkan semula namanya, bersesuaian dengan langkahnya yang mahu kembali aktif mewarnai persada seni hiburan tempatan.

Bertanyakan musabab kehilangan dirinya, Hasnol tidak mahu kenangan pahit lalu diungkit kembali, mematikan mood atau keinginannya yang teruja untuk menyanyi semula.

Mengakui pernah terasa hati dengan pihak tertentu yang menjadi punca rajuk dia mengundur diri, kini Hasnol merasakan masa dan keadaan yang berlalu telah merawat segalanya.

Berusia 45 tahun, selepas menamatkan saingan dalam Gegar Vaganza, Hasnol semakin sibuk memenuhi undangan nyanyian yang diterimanya, apatah lagi namanya mula meniti di bibir peminat.

Bermodalkan single terbaharu Tinggallah ciptaan G-Nola (Along Exist), manakala lirik yang ditulisnya sendiri, Hasnol positif terhadap rezekinya dalam bidang nyanyian. Kasih Abah pula single keduanya

“Saya yakin untuk terus berkarya dan menyanyi walaupun terdapat muka-muka baharu dalam bidang ini. Setiap pendengar dan pencinta muzik ada cita rasa dan biarlah ia menentukan rezeki masing-masing,” bicaranya.

Hasnol yakin, pengalaman sebelum ini telah mematangkannya untuk menempuhi ranjau dunia artis dan bersedia untuk menghadapi segala rintangan yang ada demi masa depan karier nyanyiannya.

 

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan