Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Menangis diberi peluang

Bermula dengan angan-angan, Nizen Ayob bangga dengan pencapaian peribadi

Nizen Ayob 2
PADA usia 30 tahun, belum terlambat baginya untuk lebih menyerlah dalam bidang lakonan.

PUNYA pertalian darah yang kuat dengan legasi seni tempatan iaitu Allahyarham Datuk S. Roomai Noor serta isteri, Allahyarham Datin Umi Kalthum, pelakon generasi baharu, Nizen Ayob, 30, menjadikan keluarga seniman dan seniwati itu sebagai pendorong untuk maju dalam bidang lakonan.

Dikenali menerusi watak Inspektor Nizam dalam siri popular terbitan Skop Production iaitu Gerak Khas siaran TV2, Nizen yang bergelar pelakon sejak empat tahun lalu menadah tangan mensyukuri setiap peluang yang diberikan kepadanya.

Bertemu dengannya dalam menjayakan sesi fotografi bersama Hits, aktor yang wajahnya persis Iqram Dinzly itu menjelaskan, pembabitannya dalam dunia lakonan bermula atas desakan kakaknya, bukan kehendak sendiri.

“Ketika berada di universiti, penampilan saya macam budak ‘nerd’. Pakai cermin mata bulat, berambut selekeh dan langsung tidak pandai bergaya. Ini secara tidak langsung membuatkan tahap keyakinan diri saya begitu rendah.

“Sebab itu, apabila kakak saya menyuruh untuk mencuba dalam bidang lakonan, sudah pasti itu sekadar sindiran terhadap saya. Tanpa pengetahuan, kakak telah menghantar permohonan untuk menyertai sebuah pertandingan pencarian bakat anjuran sebuah majalah popular,” katanya.

Tambah jejaka berkulit cerah itu, tidak diduga, permohonan tersebut berjaya melepasi peringkat saringan dan dari situlah bermulanya pengalaman pertama menghadiri sesi fotografi profesional yang diuruskan pihak penganjur.

“Peluang itu nyata memeranjatkan saya. Dalam rasa antara percaya atau tidak, saya menangis menerima perkhabaran itu kerana tidak sangka, remaja ‘nerd’ macam saya, yang sering dipersenda dapat menyertai sebuah pertandingan jejaka kacak.

“Lebih mengejutkan, selepas sesi make-over, foto saya layak mara ke peringkat separuh akhir. Sejak itu, keyakinan saya semakin bertambah dan saya mengambil inisiatif sendiri untuk belajar serba sedikit tentang fesyen terkini,” ujarnya.

Bermula sebagai model di pentas peragaan dan pelakon ekstra di sekitar Johor Bahru, Nizen yang dahulunya tidak pernah terfikir untuk serius berlakon, akhirnya dibuka pintu rezekinya setelah mendapat tawaran selaku pelakon pembantu.

“Tiba-tiba, saya dapat tawaran daripada sebuah produksi untuk membintangi drama sebagai pelakon pembantu. Sekali lagi, saya menangis menerima peluang tersebut, perasaan yang sama ketika mendapat tawaran menyertai Hero Remaja sebelum ini.

“Sejak itu, kerjaya lakonan saya mula berkembang walaupun mendapat tentangan ibu bapa. Akhirnya, setelah beberapa lama, mereka merestui kerjaya saya tetapi dengan syarat, jangan meminta pertolongan daripada sepupu saya iaitu Noorkumalasari.

“Saya setuju dengan syarat itu dan sejak berjinak-jinak dalam dunia lakonan, sekali pun saya tidak pernah menghubungi kakak sepupu saya itu. Dia hanya mengetahui pembabitan saya hanya selepas menonton drama Bibah Meletop,” ceritanya.

Pun begitu, Nizen sendiri mengagumi kehebatan lakonan Noorkumalasari dan menjadikan primadona filem Melayu lama itu sebagai idolanya untuk lebih berdaya maju dalam bidang lakonan.

Dihalau dari lokasi

Mengimbas semula pengalamannya dalam bidang lakonan, Nizen tanpa segan-silu memberitahu bahawa dia pernah dihalau dari lokasi penggambaran dek gaya lakonannya yang dikatakan keras bak ‘kayu’.

Bagaimanapun, perkara itu langsung tidak melunturkan semangatnya untuk terus mengorak langkah dalam bidang lakonan. Setiap pengalaman itu walaupun pernah diherdik pengarah merupakan proses pembelajaran.

“Pengalaman sebegitu membuatkan saya berfikir lebih matang. Saya beranikan diri mencuba nasib dalam program realiti Pilih Kasih musim ketiga. Tujuan saya hanya satu, untuk menimba ilmu daripada golongan yang hebat.

“Percaturan itu berjaya melayakkan saya bergelar finalis. Dari situ, saya korek ilmu daripada tenaga pengajar, Erma Fatima, Fauziah Nawi serta Datuk Rosyam Nor sendiri. Saya manfaatkan peluang sebaik mungkin walaupun tidak bergelar juara. Saya puas dengan pencapaian ketika itu dan melangkah keluar penuh yakin untuk terus membina nama,” jelasnya.

Mengulas kewujudannya dalam Gerak Khas yang dilihat sebati dengan dirinya, Nizen tidak kisah akan hal itu dan menganggap itu rezeki yang tidak boleh ditolak. Walaupun siri itu membayangi personalitinya, dia cuba yang terbaik untuk lebih versatil dalam lakonan.

Selain menjadi anggota polis, dia juga sering diberi peranan memegang watak ustaz dan doktor dalam kebanyakan produksi yang dibintanginya.

“Saya tidak merungut walaupun dikatakan klise. Itu adalah kerja saya dan menerimanya sepenuh tanggungjawab. Pun begitu, jujurnya saya mahu watak berbeza untuk menguji kemampuan diri,” ujarnya.

Terpaksa 
menipu Rosyam Nor dengan menyembunyikan statusnya sebagai pelakon semata-mata mahu menyertai program Pilih 
Kasih 3.

Nizen disifatkan Erma Fatima sebagai pelakon over acting persis Ogy Ahmad Daud yang bijak mengawal emosi dan ekspresi.

Pernah 
menghidapi penyakit misteri semenjak menjadi pelakon apabila seluruh tubuhnya diselaputi bintik-bintik 
merah.

Sebagai salah satu inisiatif masa depan yang lebih terjamin, dia bercadang membuka spa kecantikan.

Mahu berterima kasih kepada Michael Ang, Rosyam Nor dan Datuk Yusof Haslam atas segala peluang yang diberikan kepadanya.

Selain Gerak 
Khas, drama lakonan Nizen ialah Janji Jaslina, Nur Hikmah, Istikharah Cinta dan Cinta Jannah.

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan