Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Memahami denyut nadi gelandangan

-

Ketika di tingkatan tiga, dia pernah dibuang sekolah, kemudian dibuang dari universiti sehingga tidak dapat menghabiskan pengajian. Kedua-duanya disebabkan masalah disiplin, malah ibu bapanya juga tidak membenarkan dia pulang ke kampung.

Hampir setahun dia tidak pulang ke rumah, bergelandangan di kota raya dan akhirnya terpaksa bekerja di sebuah kilang percetakan akhbar Cina demi sesuap nasi.

Keadaannya ketika itu sampai ke tahap memakan sisa makanan yang ditinggalkan di atas meja.

Keperitan yang dilalui mengubah seluruh hidup Muhammad Nizam Wahid, 39, apabila dia nekad untuk berubah dan tawaran menyambung pelajaran ke Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam bidang Pendidikan Mekanikal membuka lembaran baharu buat lelaki ini.

Sempat bergelar seorang guru dan mengajar di Sarawak selama lima tahun, Muhammad Nizam banyak belajar pelbagai perkara daripada kerjaya itu dan roda hidupnya mula berubah sebaik pulang ke Semenanjung selepas ditawar berkhidmat di Kementerian Pendidikan.

“Ketika pulang ada satu isu berlaku iaitu berkenaan kontroversi menyentuh anjing dicetuskan oleh seorang aktivis haiwan. Daripada situ saya mencari maklumat tentang isu berkenaan dan ketika itu saya lihat banyak pergerakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) wujud di negara ini dalam membantu pelbagai golongan.

“Kebetulan ketika itu pula, saya terbaca tentang kenyataan Mufti Perlis, Prof. Madya Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin atau dikenali Dr. Maza di Facebook tentang pemberian makan kepada golongan gelandangan, jadi dari situ saya mula cuba dekati golongan ini,” katanya yang merupakan pengasas pertubuhan Humanity.

Bermula dengan menyertai NGO yang membantu gelandangan dengan memberi makanan, lama-kelamaan Muhammad Nizam cuba mendekati golongan berkenaan secara individu dan membantu mereka keluar dari kepompong berkenaan.

Isu-isu seperti tiada tempat tinggal, anak gelandangan tidak mempunyai pengenalan diri, ibu bapa terlibat dadah, tidak bersekolah serta masalah kewangan akibat diburu ah long antara yang menjadi tumpuannya ketika turun padang.

Pada masa sama dia berjaya mengumpul ribuan pengikut di laman Facebook serta sukarelawan, yang akhirnya membawa kepada penubuhan Humanity.

Biarpun masanya terhad dengan bebanan kerja hakiki sebagai Penolong Pengarah Bahagian Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia, Muhammad Nizam berusaha menggunakannya sebaik mungkin.

Malah, ada ketika waktu rehat makan tengah hari dihabiskan untuk menguruskan segala keperluan dan urusan membantu golongan yang memerlukan.

“Saya seronok setiap kali menemui mereka yang perlu dibantu walaupun hakikatnya banyak perkara yang perlu diuruskan.

“Saya percaya setiap manusia mempunyai kemampuan yang berbeza dan saya merasakan saya bukan sahaja mampu daripada segi wang, malah tenaga untuk membantu mereka,” akuinya walaupun ada kala berasa penat.

Mahu melihat lebih ramai generasi muda terlibat dalam kerja-kerja amal, Muhammad Nizam berharap anak-anak muda hari ini mampu menyebar luaskan tentang sikap positif.

Jelasnya, kemudahan laman sosial bukan medan untuk berlumba-lumba menyebar fitnah dan membuka aib manusia lain, sebaliknya harus digunakan dengan cara yang betul dan beretika.

“Paling penting, hati kena kuat dan jangan terlalu simpati dengan sesiapa sahaja yang ingin kita bantu kerana ia akan mengganggu emosi.

“Komitmen pula harus berterusan dan jangan sekadar mengejar glamor, serta paling penting bantu dengan ikhlas dan jangan mudah menghukum orang lain.

“Kerja-kerja amal yang dibuat bukan sahaja membantu mereka yang memerlukan namun turut membentuk keperibadian diri sendiri untuk menjadi lebih baik,” katanya yang mendapat banyak sokongan daripada Asrama Semai Bakti Felda Kelana Jaya (ASBKJ) untuk dana Humanity selain hasil penjualan baju-T Humanity.

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan