Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Mat Daud selesa di Kelantan

Satih Imamoglu mahu membina kerjaya di negara ini. 2
Satih Imamoglu mahu membina kerjaya di negara ini.

KEADAAN cuaca di Malaysia yang ada kalanya mencecah sehingga 35 darjah selsius menjadi ‘alasan’ rakyat ini berkunjung ke negara yang lebih sejuk.

Bukan itu sahaja, pendapatan bulanan yang didakwa lebih tinggi ditawarkan di luar negara, dikatakan menjadi punca rakyat Malaysia meninggalkan tanah air.

Disebalik keghairahan rakyat tempatan ‘keluar’ untuk mencari keselesaan dan kekayaan di negara orang, rupa-rupanya Malaysia menjadi destinasi pilihan untuk warga asing bermastautin seterusnya membina kerjaya di sini.

Jika sebelum ini cerita Mat Dan, seorang rakyat United Kingdom selesa tinggal di Terengganu malah boleh bertutur dalam loghat Terengganu, terbaharu Mega Rona dapat menjejaki seorang lagi warga asing, Satih Imamoglu, warga Turki, tinggal di Kelantan dan boleh bercakap loghat negeri itu dengan fasih.

Tinggal di Kota Bahru, sejak lapan tahun yang lalu kerana mengikuti keluarga berniaga, hari ini Satih atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Daud berasa selesa walaupun berseorangan.

Mat Daud memberitahu, pada awalnya, dia bersama empat adik- beradik yang lain telah mengikuti ibu bapanya berhijrah ke Malaysia kerana mahu berniaga.

Bapanya memilih Kelantan kerana mempunyai rakan yang tinggal di sana dan perniagaan pakaian yang diusahakan hanya mampu bertahan selama empat tahun.

Selepas itu, bapanya mengambil keputusan untuk kembali ke Istanbul tetapi Mat Daud memilih untuk terus tinggal di Kelantan atas alasan selesa dan sudah ramai kawan.

“Walaupun baru empat tahun tinggal di Kota Bahru tetapi saya selesa dengan keadaan sekeliling malah ketika itu saya juga telah berkenalan dengan ramai orang.

“Disebabkan itu juga saya membuat keputusan untuk tidak mengikut keluarga pulang semula ke Istanbul kerana sudah merasa sayang dengan kehidupan di sini.

“Sepanjang tempoh itu juga saya sudah serasi dengan budaya dan amalan ketimuran di sini.

“Saya juga berusaha mempelajari bahasa Malaysia dan tidak ketinggalan dialek Kelantan,” ujarnya ketika ditemui di Kota Bharu, Kelantan, baru-baru ini.

Suka makan nasi berlauk 

Bukan melupakan terus negara sendiri, namun Mat Daud mempunyai sebab tersendiri dan salah satunya disebabkan faktor cuaca.

Ujarnya, dia lebih selesa dengan iklim tropika berbanding negara asalnya yang mempunyai empat musim. Malah dia hairan mengapa orang Malaysia lebih suka dengan cuaca di negara luar sedangkan cuaca di negara ini sangat sesuai untuk melakukan apa jua aktiviti tanpa perlu memikirkan pelbagai masalah.

Begitu juga apabila bercakap soal makanan, anak sulung ini cukup gemar menikmati makanan ruji orang di sini iaitu nasi.

“Pasti makanan di sini cukup berbeza dengan Istanbul kerana di sini makanan rujinya adalah nasi, manakala roti dan masakan Barat menjadi sajian utama.

“Disebabkan saya sukakan nasi, setiap kali tiba waktu makan, saya mesti mencari nasi berlauk termasuklah ketika minum petang.

“Antara makanan kegemaran saya ialah nasi goreng USA, nasi gulai ayam, dan nasi Kak Wok, namun saya akan pastikan setiap sajian tidak terlalu pedas kerana saya tidak tahan,” sambungnya yang tidak menolak jika bertemu jodoh dengan gadis tempatan.

Memilih bidang perniagaan sebagai mata pencarian, Mat Daud yang kini berusia 25 tahun terjun sebagai usahawan kosmetik kerana berpendapat bidang ini mampu menjadi lubuk rezeki buat usahawan pada masa kini.

Atas alasan itu dia berharap perniagaannya ini berkembang maju dan kehadirannya diterima kerana niatnya cuma ingin membantu keluarga di Turki, seterusnya membina kerjaya untuk masa depannya.

 

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan