Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Mariah Carey dimalukan 
di tahun baru

MARIAH CAREY 2
MARIAH CAREY

JUTAAN peminat Mariah Carey tidak dapat menyembunyikan rasa kecewa apabila diva kesayangan ramai itu dikatakan buat perangai ketika beraksi di pentas malam sambutan tahun baru untuk program Dick Clark’s New Year’s Rockin’ Eve with Ryan Seacrest.

Ditonton oleh jutaan peminat dari seluruh dunia sama ada yang berada di Times Square, New York, Amerika Syarikat (AS), dan juga secara langsung di kaca tv di seluruh dunia, Mariah dianggap gagal mempamerkan profesionalisme sebagai seorang penyanyi hebat biarpun sudah berada dalam industri selama 28 tahun.

Sememangnya sebuah persembahan yang dinantikan oleh semua, harapan bagaimanapun sepantas kilat hancur berkecai apabila Mariah yang tampil dengan gaya seksi dan gah dengan barisan penari latar belakangnya bagaimanapun langsung tidak menyanyi.

Dikesan cuma membuat mimik mulut beberapa kali dengan selebihnya tidak menyanyi dan cuma bergaya cantik saja di pentas, Mariah umpama bermuka tebal menahan malu apabila dituduh buat hal dalam acara besar sebegitu.

Selesai 'persembahan’, khabarnya Mariah sangat bengang dengan produksi acara yang mana dia memberi alasan dirinya telah disabotaj. Dia mengaitkan segala kesalahan itu kepada keseluruhan tenaga produksi termasuk Ryan Seacrest sendiri.

Mariah menganggap Ryan tergamak tidak tampil membantunya ketika kekecohan itu berlaku di pentas sedangkan boleh berbuat demikian.

Mariah dan pasukan krewnya melahirkan rasa dukacita kerana produksi tidak mengambil sebarang inisiatif untuk membantu menyelesaikan kesilapan teknikal yang berlaku sehingga menyebabkan persembahannya terjejas dan dia dimalukan sebegitu rupa.

Pengurus Mariah, Stella Bulochnikov juga telah membuat penjelasan terbuka mengenai hal yang berlaku dengan harapan tiada lagi pihak menyalahkan Mariah dan menganggap dia sengaja buat hal di program berkenaan.

Bagaimanapun, kalau ikutkan, Mariah perlu turunkan sedikit egonya kerana kesalahan itu tidak sepenuhnya di pihak produksi lantaran dari awal lagi dia bukannya berusaha untuk menyanyi secara live, sebaliknya merancang untuk miming sahaja.

Jadi, profesional sangatkah Mariah tu?

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan