“Saya akan berkahwin pada 21 November ini,” katanya. Bila Aida usik, kenapa senyap-senyap sahaja dan tiba-tiba mahu bernikah, Mardiana menafikannya.

“Mana ada senyap-senyap? Memang waktu bertunang dulu pun saya ada kongsikan dalam laman Instagram,” katanya.

Aida tanya sama ada selepas ini bakal suaminya akan melarang dia berlakon, maklumlah dunia artis ni macam-macam cerita tak sedap, itu semua tidak ada masalah kepadanya.

“Saya tetap akan berlakon kalau ada tawaran. Walaupun tunang saya bukan orang industri, namun dia memahami pekerjaan saya, memandangkan sudah mengenali sejak beberapa tahun lalu,” katanya yang pernah berlakon antaranya, drama Fajar Di Bukhara dan teater Nyonya & The Gang.

Semoga melalui perkahwinan ini akan melimpahkan lebih rezeki buat Mardiana sendiri. Agaknya selepas Mardiana siapa pula yang akan berkahwin ya?