Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Makin lupa diri?

Projector Band semakin dikenali kerana Sudah Ku Tahu

DARI kiri Syafiq, Razif, Iskandar, Isnaidi dan Khusairi 2
DARI kiri Syafiq, Razif, Iskandar, Isnaidi dan Khusairi

TIDAK menunggu lama untuk terus berada di carta populariti, kumpulan lima anak muda yang memperkenal diri mereka sebagai Projector Band kini berjaya mencuri hati peminat dengan lagu ‘berhantu’ Sudah Ku Tahu.

Bermodalkan bakat dan minat, kumpulan yang dianggotai Iskandar selaku vokalis, Razif (gitaris utama), Isnaidi (gitaris kedua), Khusairi (bes) dan Syafiq (dram) itu hanya perlu menunggu masa selama dua bulan untuk single tersebut meletup.

Adat berkumpulan, masing-masing ada pemikiran yang berbeza dalam mengatur strategi untuk terus mewangi di dalam gelanggang seni. Bukan apa, bimbang kalau semakin dikenali nanti takut memakan diri hingga menjadikan seseorang itu jadi lupa diri.

Mari kita baca hasil perbualan antara penulis dan Razif selaku ketua kumpulan yang menjawab segala persoalan ketika ditemui pada majlis Bintang-Bintang Berpuisi II anjuran akhbar Utusan Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Sabtu lalu.

HITS: Makin dikenali dan disukai, apakah ia sedikit sebanyak buat kalian lupa diri?

RAZIF: Waktu Projector Band ditubuhkan pada 2013, kami berlima memang dah berazam untuk teruskan perjuangan kumpulan ini walau apa pun terjadi. Kami anggap populariti single Sudah Ku Tahu sedikit sebanyak membantu perjalanan karier.

Tentang lupa diri itu, jujurnya kami sendiri takut dengan label itu. Tapi apa yang kami ingin tegaskan, Projector Band masih lagi gila-gila dan sifat merendah diri itu memang kami terapkan dalam diri masing-masing.

Ohhh... Maksudnya, Projector Band tidak akan besar kepala andai satu hari nanti kumpulan ini menjadi buruan peminat dan penganjur?

Ya, itu sudah semestinya. Lagipun kalau nak dibandingkan kami dengan kumpulan lain, Projector Band baru setahun jagung dalam industri ini, rasanya tak berbaloi nak besar kepala.

Bila di atas pentas kami hiburkan peminat, begitu juga bila di luar pentas, kami masih lagi orang yang sama. Orang kata, tiada batas antara peminat dan artis.

Apa-apa pun, rezeki yang kami terima ini pun datang daripada Allah. Tak mungkin kami nak salah gunakan ‘tiket’ itu. Niat kami masuk dalam industri atas sebab minat dan tidak terlintas langsung pun nak kejar populariti.

Selepas Sudah Ku Tahu, mungkin akan ada kemunculan single kedua?

Sudah tentu. Kami sedang dalam perancangan untuk merakamkan single kedua yang sedikit berbeza dengan Sudah Ku Tahu. Genre kali ini lebih kepada modern rock.

Tak takut ke dengan penerimaan pendengar yang akan mengkritik jika lagu kedua itu tidak sehebat Sudah Ku Tahu?

Apa yang saya lihat, pendengar sekarang ini lebih menggemari seleksi lagu-lagu 90-an. Mereka rindukan himpunan lagu seperti itu yang banyak elemen slow rock, jiwang tapi bernada tinggi.

Kalau bercakap tentang perbandingan lagu terbaharu dengan Sudah Ku Tahu, saya rasa pendengar kini sudah bijak menilai dan memilih lagu mana yang sedap didengar.

Namun, apa-apa pun ia berbalik kepada tuah dan rezeki. Kami cuba sehabis baik dan dengan niat yang ikhlas, pastinya akan ada peluang cerah nanti.

Lagipun, sampai bila kami mahu menyanyikan lagu Sudah Ku Tahu ini setiap kali buat persembahan. Penting untuk kami memperbanyakkan koleksi lagu sebagai khazanah manis yang diperdengarkan kepada peminat.

Adat bila menganggotai sebuah kumpulan, keluar masuk ahli itu sudah menjadi lumrah. Apakah kalian peka dengan situasi itu dan sudah membuat sebarang persediaan untuk menghadapi risiko tersebut?

Risiko itu memang ada, tapi nak kawal mereka itu sudah tentu masing-masing ada perangai sendiri. Tapi saya sentiasa ingatkan yang lain kalau ada sebarang masalah kita duduk berbincang dan selesaikan cara baik. Tipulah kalau kami tak pernah bergaduh, tapi bila situasi itu berlaku, kami akan cepat-cepat cari cara penyelesaian.

Privasi mereka, saya tak kacau dan alhamdulillah ahli kumpulan boleh menerima dan sentiasa berikan kerjasama dengan baik. Saya tak anggap mereka sebagai kawan, tapi sudah lebih daripada sebuah keluarga. Projector Band akan tetap bersama dan kekal dengan anggota yang sama untuk masa akan datang.- Gambar SHAIFUDIN MOHD. NOR

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan