Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Majlis resepsi perkahwinan Awie hujung minggu ini

Awie Kahwin
AWIE dan isteri, Sharifah Ladyana Syed Shamsuddin.

KUALA LUMPUR 19 Jan. - Penyanyi terkenal tanah air, Datuk Ahmad Azhar Othman atau Awie akan mengadakan majlis resepsi perkahwinannya pada hujung minggu ini di sebuah pusat peranginan di pinggir ibu kota.

Vokalis kumpulan Wings itu bagaimanapun memberitahu, majlis tersebut merupakan sebuah acara tertutup dan hanya akan dihadiri oleh keluarga dan teman-teman rapat.


“Majlis meraikan perkahwinan saya itu hanya diadakan secara kecil-kecilan sahaja untuk keluarga, saudara-mara dan teman-teman rapat sahaja. Majlis resepsi itu akan berkonsepkan busana Melayu kerana saya amat menyanjungi adat Melayu,” katanya kepada Utusan Online.

Awie dan isterinya, Datin Sharifah Ladyana Syed Shamsuddin telah melangsungkan pernikahan di sebuah lokasi yang dirahsiakan di selatan Thailand pada Oktober lalu selepas mengikat tali pertunangan pada Jun.

Perkahwinan ini merupakan yang ketiga buat Awie yang sebelum ini pernah berumah tangga dengan penyanyi Arni Nazira dan Rozana Misbun.

Menerusi perkahwinan dengan Arni Nazira, Awie dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Puteri Aleeya Antasha, 17, dan Puteri Aleefa Antasha, 15, manakala dengan Rozana pula, penyanyi dan pelakon itu memperoleh tiga anak iaitu Putra Ahmad Merrah, 10, Putra Ahmad Rezzki, 8, dan Puteri Qaseh Antasha, 7. – UTUSAN ONLINE

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan