Menerusi kenyataan yang dikongsi adiknya, Danial Lokman, Mahadzir sudah sedarkan diri dan boleh berbual seperti biasa bagaimanapun keadaan abangnya itu masih lemah.

Menurutnya, ketika ini keadaan Mahathir tidak membimbangkan namun pihak doktor masih lagi memantau perkembangan kesihatannya dengan rapid an jika keadaan stabil sepenuhnya, beliau akan dipindahkan ke wad biasa tidak lama lagi

Tambah Danial, dia dan keluarga berterima kasih di atas perhatian dan doa yang diberikan oleh seluruh rakyat Malaysia terhadap kesihatan abangnya itu. - UTUSAN ONLINE