Superchild yang dianggotai oleh Zwen Addeen (vokalis),26 dan Aizat Shah (gitaris),28, mengakui selesa dengan situasi itu dan menganggap itu adalah cara mereka mempromosikan lagu sendiri.

Menurut Aizat, mereka yang bernaung di bawah syarikat rakaman Hype Beat Sdb.Bhd. dan Rusa Music itu sepakat untuk fokus kepada runut bunyi untuk drama atau telemovie buat masa sekarang.

“Saya tak kisah kalau orang tak kenal kami berbanding lagu sendiri. Itu pun sebenarnya dah cukup memuaskan hati kami kerana karya kami dikenali terlebih dahulu berbanding suara di sebalik lagu.

“Single pertama kami sebelum ini iaitu Ku Rindu pernah dipilih untuk dijadikan runut bunyi drama Umairah dalam slot Samarinda.

“Terbaharu, single Janjinya Syurga turut digunakan untuk drama Teratai Kemboja yang sedang ditayangkan di TV3.

“Fokus kami ketika ini dan perancangan selepas ini memang akan tumpukan perhatian untuk menghasilkan lagu bersesuaian dengan runut bunyi.

“Ini cara kami untuk mempopularkan diri. Masing-masing ada pendapat dan idea sendiri untuk menapakkan diri dalam industri seni. Kami pilih arah ini,” katanya kepada UTUSAN ONLINE. – UTUSAN ONLINE