Konsert Siti Nurhaliza di Istana Budaya

Persembahan akustik pada 7 April ini

Style: Portrait B&W

BULAN April mempunyai signifikan buat penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin kerana bulan ini merupakan ulang tahun penglibatannya dalam bidang seni suara.

Apa yang istimewanya pada tahun ini ialah penyanyi kelahiran Kuala Lipis ini bakal menyambut angka 20 tahun selama bertahan dalam industri tanah air.

Untuk itu, bagi menghargai para peminatnya yang tidak pernah putus-putus memberikan sokongan di sebalik kejayaannya, Siti bakal mengadakan sebuah konsert akustik istimewa iaitu Datuk Siti Nurhaliza Unplugged 2015 pada 7 April di Panggung Sari, Istana Budaya bermula pukul 8.30 malam.

Konsert yang berlangsung selama satu malam ini diadakan bersesuaian dengan slot yang diberikan oleh pihak Istana Budaya. Siti mengambil peluang tersebut sebagai pembukaan kepada persembahan berskala konsert pada 2015.

Bagaimanapun Siti akan tampil dengan pementasan Konsert Muzikal Fragmen Siti selama lapan hari pada November depan di lokasi yang sama.

Sedar akan tempoh sehari tidak cukup untuk jumlah peminatnya tetapi Siti mahu peminat memahami tujuan diadakan persembahan tersebut termasuklah slot sehari yang ditawarkan kepada pihaknya.

“Saya berharap agar persembahan kali dilihat dari sudut kelainannya berbanding konsert yang pernah saya buat sebelum ini.

“Ada di kalangan peminat yang sudah lama bertanyakan tentang penganjuran konsert akustik kera ada di antara mereka mahu mendengar lebih kepada persembahan vokal saya sendiri,”katanya.

Konsert akustik ini sebagai melengkapkan perjalanan seni Siti selama dua dekad dan dalam tempoh itu juga dia belum pernah muncul dalam persembahan konsert akustik secara amnya.

Tambah menarik, persembahan itu nanti lebih menonjolkan kepada kelunakan vokal pelantun lagu Terbaik Bagimu selain garapan muzik oleh pemuzik terkenal, Aubrey Suwito terhadap pemilihan lagu-lagu yang bakal dipersembahkan pada malam itu nanti.

Persembahan yang bakal berlangsung selama dua jam ini dianjurkan oleh Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn.Bhd. dengan kerjasama Istana Budaya.

Siti lebih cenderung untuk memilih menyampaikan himpunan lagu-lagu dari album pop yang telah dipilih serta beberapa lagu lain untuk memberikan warna kepada persembahan.

Tiket bagi menyaksikan artis kesayangan ramai ini boleh didapati secara online di www.AirAsiaRedtix.com dengan harga bermula RM78 hingga RM518. Dalam pada itu, pembelian tiket juga boleh diperoleh menerusi Rock Corner The Gardens, KLCC, Subang Parade dan The Curve. Selain boleh dibeli di Victoria Music Sungai Wang, Amcorp Mall, Tropicana Mall dan Bangsar Shopping Centre serta di Box Office Istana Budaya.

Malah bagi pembelian di Pulau Pinang pula, tiket bokeh didapati di Artist Gallery Gurney Plaza dan Artist Gallery Queensbay Mall.

oleh NURFARHANA MOHAMED

BULETIN - PG 23

//habis

BULETIN-PG 22

-Habis.

Latest

Latest

Latest

Latest

Lagi Artikel Hiburan
Anda juga mungkin meminati