Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Konsert Mega 15 Mei ini

KUALA LUMPUR 20 NOV 2014 - Temubual bersama penyanyi dandut , 2
Amelina

KONSERT Mega yang diadakan sempena sambutan Festival Hari Guru 2015 bakal berlangsung di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar, Kedah pada 15 Mei ini.

Bermula pukul 8.45 malam, konsert tersebut akan menampilkan barisan penyanyi seperti Mus May, Amelina, Ally AXL, Ezad Lazim dan pendatang baharu, Fahmi Esmael.

Selain itu, pemain dram cilik, Nur Amirah Syahira Azizul Abidin, 12, turut memeriahkan konsert dengan mempamerkan bakatnya.

Tahun ini, Kedah Darul Aman dipilih sebagai tuan rumah sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan manakala Konsert Mega adalah satu daripada program yang dianjurkan.

Selain Konsert Mega, terdapat pelbagai acara menarik yang berlangsung pada festival tiga hari yang dianjurkan oleh Kumpulan Utusan itu.

Pengurus Komunikasi Korporat Utusan Melayu (M) Berhad, Nik Anura Nik Abdul Rahman berkata, pihaknya sudah merancang pelbagai program yang menarik sepanjang festival berlangsung.

“Memandangkan ini adalah kali ketujuh penganjuran daripada Kumpulan Utusan, kami menyediakan pelbagai program bermula 14 Mei hingga 16 Mei ini.

“Pengisian penganjuran bukan saja bermatlamatkan hiburan semata-mata.

"Ada pelbagai aktiviti membabitkan konsep pertautan antara ilmu dan pembangunan modal insan,” ujar Nik Anura.

Antara yang menarik tentunya Malam Cinta Rasul bersama kumpulan nasyid Al-Mawlid yang bakal berlangsung pada hari pertama festival.

Selain itu para pengunjung juga tentunya tidak melepaskan peluang untuk mendengar ceramah daripada penceramah popular, Ustaz Kazim Elias pada malam akhir penganjuran festival tersebut.

Aktiviti lain yang bakal diadakan sepanjang festival adalah persembahan Upin Ipin, persembahan demonstrasi Petrosains dan sesi motivasi bersama-sama Pencetus Ummah Suffian.

Pertandingan karaoke Utusan-BSN, pertandingan cerita rakyat, pertandingan mewarna dan pertandingan nasyid juga diadakan sepanjang festival berlangsung.

Pelakon Jaafar Onn dijangka hadir apabila bertindak sebagai juri bagi pertandingan menumbuk sambal belacan, pertandingan cabaran peti misteri dan gubahan buah-buahan yang diadakan.

Dia juga akan mengadakan demonstrasi masakan kepada pengunjung yang hadir.

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan