Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Konsert Gegar Pop Yeh Yeh

Barisan artis yang akan terlibat dalam Konsert Gegar Pop Yeh Yeh.
Barisan artis yang akan terlibat dalam Konsert Gegar Pop Yeh Yeh.

Lama sungguh rasanya Istana Budaya tidak menganjurkan dalam nuansa Pop Yeh Yeh. Yang selalu kedengaran adalah teater semata dan konsert komersial yang lain.

Justeru, ada keghairahan hebat apabila muncul perkhabaran indah yang mana Istana Budaya dengan kerjasama CTRA Production bakal menganjurkan Konsert Gegar Pop Yeh Yeh pada 3 hingga 5 Mac 2017 akan datang.

Konsert yang pasti ditunggu-tunggu ini bakal menampilkan enam orang penyanyi terkenal 60 an tanah air iaitu Datuk A. Rahman Hassan, Datuk L. Ramli, Datuk Jeffrydin, seniman J.Sham, seniman A. Rozaini dan seniwati Maria Bachok. Tidak ketinggalan juga, penyanyi baru, Aiman Tino juga turut berpadu suara bagi menjayakan konsert ini.

Setiap seniman dan seniwati bakal mendendangkan lagu-lagu malar segar yang telah mengangkat nama mereka di pentas hiburan tanah air. Sementara suara lunak mereka pula akan diiringi oleh pemuzik-pemuzik daripada Orkestra Tradisionl Malaysia (OTM) Istana Budaya serta Kugiran Agogo Istamuzika.

Konsert yang mengimbau kenangan silam zaman kegemilangan irama pop yeh-yeh diharap dapat menarik lebih ramai lagi anak muda untuk menikmati serta menghargai irama ini. Sebarang maklumat lanjut hubungi 03-40265558 dan 03-40265555. Harga tiket bermula dari RM 50 hingga RM 180.

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan