Penganjur konsert tersebut, Yonder Music berkata, konsert Yonder Music Live Series By The Lake: Anuar Zain & You tidak dapat dilaksanakan kerana keadaan kesihatan Anuar yang tidak mengizinkan.

Pengarah Urusan Yonder Music, Adam Kidron berkata, pihaknya kesal kerana tidak dapat melaksanakan konsert berkenaan.

Kenyataan yang dikeluarkan sebentar tadi oleh Yonder Music juga tidak menyebut sama ada konsert itu ditunda pada tarikh lain. - UTUSAN ONLINE