Cynthia Ng 

“Saya berhenti Awani dahulu untuk mengutip pengalaman dan semestinya, bekerja di saluran berita luar negara benar-benar membuka mata serta memberi perspektif baharu dalam hidup dan karier saya.

“Awani kini menuju ke satu ruang lingkup yang semakin melebar dan berkembang. Saya mahu menjadi sebahagian dari tulang belakang yang memacu impian besar ‘Awanians’,” katanya.

Bagi Cynthia, penyampaian berita yang lebih mendalam serta mengorek cerita di sebalik sesuatu isu adalah kekuatan yang ditonjolkan Awani khususnya menerusi Hari Ini 8.

“Penonton kini mahukan sesuatu yang berbeza dan menyeluruh. Mereka kini lebih bijak dalam mentafsir sesuatu isu atau berita. Penyampaian yang lebih santai dan ‘muda’ membezakan kami dengan saluran berita yang lain.

“Penonton tidak tahu apa yang berlaku di sebalik satu-satu isu. Malah mereka sendiri ada spekulasi yang belum tentu benar. Jadi, kami di Awani membongkar cerita di sebalik sesuatu isu atau berita,” katanya.