Di laman-laman sosial, beri­ta berkenaan menjadi perhatian dalam kalangan ribuan netizen yang menyatakan rasa simpati de­ngan apa yang berlaku pada pelakon berkenaan selain memberikan kata-kata sokongan kepadanya.

Bagaimanapun, terdapat juga segelintir netizen yang meletakkan kesalahan kemelut rumah tangga pasangan berkenaan ke atas aktres itu.

Laporan krisis rumah tangga pasangan itu disifatkan sebagai berita menggemparkan dalam kalangan media memandangkan sebelum ini, kebahagiaan mereka jelas terserlah berdasarkan foto-foto yang dimuatkan dalam akaun laman sosial Hanez Suraya.

Usaha Utusan Malaysia untuk mendapatkan reaksi Hanez Suraya bagaimanapun gagal apabila pelakon itu tidak menjawab panggilan.

Cubaan untuk mendapatkan komen daripada pelakon yang terkenal dengan drama bersiri Love You Mr. Arrogant itu menerusi kiriman WhatsApp juga gagal walaupun mesej kepadanya dibaca. 
Laporan mengenai Hanez Suraya memfailkan permohonan tuntutan fasakh terhadap suaminya disahkan oleh seorang kakita­ngan Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam

Bagaimanapun, kakitangan ber­kenaan yang enggan dikenali tidak mahu mendedahkan maklumat lanjut mengenai kes tersebut.

Hanez Suraya atau nama sebenarnya, Hanez Suaraya Abdul Aziz, 32, bagaimanapun difahamkan tidak hadir ke mahkamah dan hanya mewakilkan peguamnya.

Hanez dan Romie bernikah pada Mac 2015 dan dikurniakan seorang anak perempuan Puteri Aleesya yang berusia 13 bulan.

Menerusi Instagram milik pelakon ini juga, seminggu yang lalu pasangan suami isteri ini mengadakan majlis kesyu­kuran bersama anak-anak ya­tim di Banting, Selangor.

Hanez Suraya juga pernah menimbulkan kontroversi tahun lalu apabila berkongsi kenyataan bergambar yang menjurus kepada perselisihan dalam rumah tangganya.