Aliff berkata, beliau berasa hairan apabila muzik video berkenaan mendapat maklum balas negatif di laman sosial berkenaan.

“Pelik kenapa orang tekan butang unlike (tidak suka) pada lirik video saya di Youtube,” katanya dalam posting di Facebooknya, Aliff Syukri Terlajak Laris malam tadi.

Muzik video nyanyian Aliff dan Nur Sajat bertajuk Abang Nak Tegur diterbitkan oleh KRU Music mengambil masa enam bulan untuk disiapkan dan mula dikongsikan di Youtube pada 23 November lalu.

Ketika Aliff berkongsi tangkapan skrin muzik videonya malam tadi, video tersebut telah ditonton sebanyak 456,000 kali, reaksi like atau suka sekitar 5,000 sementara lebih 25,000 penonton memberi respond tidak suka (unlike).

Namun, selepas status tersebut dikeluarkan Aliff, tontonan pada muzik video itu naik mendadak kepada 601,388 kali dengan lebih 7,000 pengguna media sosial itu memberikan respond positif sementara kira-kira 54,000 pengguna memberikan maklum balas negatif atau tidak suka terhadap muzik video berkenaan. - UTUSAN ONLINE