Malah, Kamal juga menyifatkan tindakan Zahirah MacWilson, 22, agak kebudak-budakan dan sedikit sebanyak menjejaskan  reputasinya sebagai seorang pelakon, sekali gus dipandang negatif oleh masyarakat.

“Saya sudah malas dan letih nak bergaduh dengan budak-budak macam Zahirah. Semuanya sudah saya jelaskan kepada Emma dan kami cuba berbaik semula bagi memperbaiki hubungan ini.

“Tindakan Emma sebelum ini memutuskan hubungan kami adalah dipengaruhi emosinya yang sedang marah akibat tindakan Zahirah. Bagaimanapun, saya faham situasi yang dihadapinya.

“Alhamdulillah, kehadirannya malam ini bagi memberi sokongan kepada saya dalam pertandingan akhir Super Spontan Superstar 2017  sedikit sebanyak menunjukkan hubungan kami semakin beransur pulih seperti sedia kala.

“Saya juga sudah meminta maaf kepada Zul ekoran membuatkannya berasa tidak senang apabila mendapat tahu saya keluar dengan Zahirah menonton wayang. Namun bukannya kami berdua sahaja, tetapi bersama-sama rakan produksi drama Duda Pujaan Dara,” katanya kepada Utusan Online memberi penjelasan sebenar.

Pun begitu, Kamal mengakui dia berasa bengang dan bingung dengan tindakan Zahirah membuat pendedahan kepada media dengan kenyataan yang telah diputarbelitkan.

Menurut Kamal, sudah beberapa kali dia cuba menyelamatkan hubungan Zahirah dan Zul menerusi perbincangan yang dilakukan, sebaliknya perbuatan heroinnya itu membuatkan hubungannya dengan Emma berantakan.

“Lebih teruk, dalam perjumpaan terakhir, dia memberitahu Emma bahawa saya terhegeh-hegeh mahu mendekatinya. Apa tujuannya?” soalnya.

Justeru, Kamal memberitahu dia tidak mahu lagi memanjangkan isu berkenaan dan fokus terhadap hubungannya dengan Emma.

Bercakap mengenai jodoh, Kamal tidak menolak  kemenangan menjuarai program lawak Super Spontan Superstar sebagai petanda kepadanya untuk menamatkan zaman bujangnya dengan Emma. - UTUSAN ONLINE