Namun ketika gosip pernikahan mereka sedang hangat diperkatakan, penyanyi yang pernah popular dengan lagu Ketahuan ini dilihat seakan mahu mengalihkan perhatian peminat dengan memuat naik gambar isterinya di laman Instagram peribadi.

Walau bagaimanapun ia terlihat janggal kerana ini merupakan kali pertama dia memperlihatkan wajah isterinya yang dikenali sebagai Suci di media sosial. Jika sebelum ini dia lebih memilih untuk menunjukkan dirinya sendiri atau wajah ketiga-tiga orang anaknya sahaja.

Penyanyi itu turut mengungkap perasaan rindunya pada si isteri berbunyi "Sangat merindukan mu (isteri)” pada keterangan gambar tersebut.

Gosip pernikahan Sunu dan Pipik sebenarnya sudah mula mendapat perhatian daripada tahun lepas lagi. Namun kedua-duanya sering menegaskan antara mereka tiada hubungan istimewa.

Kisah tersebut kembali menjadi tanda tanya apabila kakak ipar Sunu, Citra mengesahkan tentang pernikahan sulit pasangan ini ketika dia dihubungi oleh pengacara Uya Kuya pada siaran televisyen Pagi-Pagi Pasti Happy. Dia ada menyebut memang benar bahawa Sunu dan Pipik sudah pun bernikah.

“Semoga cepat terlihat segalanya. Kalaupun betul sudah berpoligami, perlu adil agar ketiga-tiganya boleh menjadi sebuah keluarga yang bahagia kerana Allah. Jika betul sudah bernikah, hak anda untuk bernikah secara diam tapi disebabkan kamu adalah orang terkenal maka semua orang inginkan kepastian.

“Jadilah orang yang bijak dan berani untuk menyelesaikan masalah agar tidak menjadi dosa buat anda berdua serta dosa buat kami yang mendengar dan ikut membicarakan tentang aib kamu. Saya seorang ibu dan isteri, saya mengerti perasaan adik saya yang dimadukan tanpa pengetahuannya. Juga tidak dapat membayangkan bagaimana perasaannya,” ujar Citra lagi.

Malah tambah Citra lagi, hampir setahun Suci tidak lagi tinggal bersama Sunu sejak rumah tangga mereka bergoyang. Kini Suci dan anak-anak itu tinggal bersama keluarga mereka di Bogor, Jawa Barat, Indonesia.

Dalam masa yang sama, Sunu masih mengambil langkah tidak membenarkan atau membantah apa yang diperkatakan oleh kakak iparnya itu. Malah dia sempat memuat naik status di akaun Instagram @sunumatta dengan bait-bait ayat menceritakan tentang ‘dosa besar’ serta berterima kasih pada mereka yang telah menjatuhkan dirinya.

“Terima kasih buat mereka yang sudah membuat perkara yang tidak sepatutnya terhadap saya. Alhamdulillah saya mendapat pahala tanpa perlu lelah beramal. Silakan jika ia boleh menggembirakan hidup kamu semua. Kehidupan yang Allah beri sepatutnya disyukuri bukan sibuk menguruskan kehidupan orang lain. Komen sesuka hati seperti hidup anda sahaja yang betul,” tulisnya.

Terbaru, berita tersebut semakin panas ekoran tersebarnya sekeping gambar foto mesra di mana Pipik dilihat sedang erat memeluk Sunu. Biarpun gambar tersebut dikatakan sudah disunting oleh pihak yang tidak bertanggungjawab namun sehingga ke saat ini ia masih lagi tidak dapat dibuktikan kesahihannya.

Ramai yang tidak mempercayai foto tersebut kerana menurut mereka tidak mungkin Sunu dan Pipik melakukan aksi mesra kerana kedua-duanya pandai dalam ilmu agama. Malah Sunu juga sudah lama ‘berhijrah’ dan bergiat dalam dakwah setelah meninggalkan dunia seni yang dikatakan penuh kelalaian.

Ketika kemelut masih belum terungkai lagi, isteri pertama Sunu sempat mencurahkan perasaan sedihnya di sebuah akaun Instagram yang dipercayai miliknya. Curahan perasaan yang cukup menyayat hati itu mendapat perhatian dan ramai netizen yang berkongsi kesedihan wanita ini.

Antara kata-kata Suci yang mampu mengalirkan air mata apabila dia menggambarkan jika wanita itu perempuan yang baik tapi mengapa dia ingin memiliki sesuatu yang sudah dimiliki orang lain? Dan, jika dia perempuan solehah, mengapa perkataannya penuh dengan dusta.

"Jka seseorang wanita itu merupakan perempuan yang sabar, lalu mengapa dia tidak sabar dalam menanti seseorang yang benar-benar sesuai untuknya tanpa merampas hak orang lain?" antara ayat yang ditulis serta membawa pengertian yang sangat mendalam jika dihayati.

Biarpun tidak dinyatakan dengan terperinci sama ada ia ditujukan buat Pipik namun ramai yang meneka ia adalah khas buat wanita tersebut kerana apa yang diperkatakan itu sama dengan apa yang terjadi ketika ini.