Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Kad raya tradisi Alif Satar

KELUARGA bahagia... Alif Satar dan keluarga menyambut Syawal di
KELUARGA bahagia... Alif Satar dan keluarga menyambut Syawal di kuala lumpur sebelum pulang ke kampung halaman di Pulau Pinang.

PADA saat media sosial menjadi pengganti kepada kiriman ucapan raya tradisional, Alif Satar enggan menjadikan platform alam maya tersebut sebagai satu cara meraikan hari mulia Aidifitri.

Bagi pelakon dan pengacara ini, sejak beberapa tahun dulu, dia masih bersifat tradisional dengan menghantar kad raya kepada setiap rakan rapat dan ahli keluarganya walaupun mereka tinggal sebumbung.

Cara itu dirasakan lebih ikhlas dalam menghargai insan-insan tersayang, sekali gus menyemai semula nilai sentimental dan perasaan gembira apabila menatap sendiri kiriman kad raya yang memang dibuat khusus pada setiap tahun.

“Mengirim kad raya kepada ahli keluarga dan rakan-rakan rapat adalah tradisi berhari raya saya sejak bertahun-tahun dulu.

“Setiap tahun, saya akan membuat sendiri kad raya dengan foto kami sekeluarga, mencetaknya lebih kurang 200 keping dan kemudian pos kepada mereka yang ada dalam senarai setiap tahun.

“Sebelum berkahwin, foto saya dan ahli keluarga sahaja dalam kad tersebut. Tapi apabila sudah beristeri dan ada dua cahaya mata, kad raya kami menjadi semakin menarik sebab adanya foto tiga generasi.

“Paling seronok ialah ramai keluarga dan kawan-kawan yang menanti kedatangan kad raya saya sebab mereka mengumpulnya.

“Mereka memang menghargai kad raya itu kerana zaman ini pun berapa ramai sahaja yang meneruskan tradisi begini. Sebab itu juga, jarang sekali saya dapat balasan.

“Semuanya mahu ringkas dan hantar ucapan raya menerusi media sosial tetapi nilai saling memberi kemaafan tersebut semakin berkurangan. Masakan tidak, jika kita sekadar menyalin dan menghantar ucapan-ucapan raya yang dikongsi bersama-sama ribuan lagi pengguna media sosial lain, dari mana datang keikhlasan dan permohonan maaf yang sebenar?

“Erti sebuah kemaafan pada hari raya semakin terhakis dan nilai sentimental pada satu ketika dahulu makin pudar.

“Sebab itulah saya berusaha mengekalkan tradisi ini seboleh mungkin selain tetap seiring dengan kemajuan teknologi,” kata Alif Satar. 

Handal masak kari kambing 

Dalam diam rupa-rupanya Alif Satar dikenali ahli keluarganya kerana handal memasak kari kambing.

Justeru setiap kali hari raya, tugas utama pelakon ini ialah memasak kari kambing bagi hidangan utama kepada para tetamu yang datang berkunjung ke rumah keluarganya.

Kata Alif, walaupun dia bukanlah peminat daging kambing tetapi pada hari raya, pengecualian diberikan apabila sudah menjadi rutin hari mulia tersebut, dia akan ‘berperang’ di dapur menyediakan kari kambing.

“Ini memang jadi tugas ‘wajib’ saya. Ahli keluarga lain terutama mak saya akan menyediakan juadah lain tetapi bahagian memasak kari kambing akan diserahkan kepada saya sepenuhnya. Orang lain tak boleh campur.

“Yang pasti, kari kambing saya ini memang dicari-cari oleh tetamu yang tahu kesedapannya. Jadi bagi yang nak merasa masakan kari kambing saya ini, kena datang ke rumah saya pada hari raya pertama. Hari lain saya tak buat,” cerita Alif yang bakal menjalani penggambaran drama bersiri Red Velvet dengan Neelofa.

Mendalami perasaan isteri Alif, Sha Dila Hamid yang sentiasa tenang dan mudah tersenyum ini, tidak ada sekelumit perasaan cemburu tatkala melihat aksi suaminya di kaca televisyen yang sering kelihatan begitu romantis dengan pasangan pelakonnya.

Kata Sha Dila, kata kunci 
untuk menikmati kebahagiaan rumah tangga ialah saling percaya antara suami dan isteri. Justeru, amalan tersebut digenggam kukuh antara mereka selain saling menyokong dalam karier masing-masing.

Selaku bekas kakitangan di stesen televisyen dan syarikat telekomunikasi gergasi, Sha Dila melihat perkembangan karier Alif dengan lapang hati dan gembira kerana akhirnya selepas 10 tahun cuba membina nama dalam dunia seni, akhirnya suaminya itu mula mendapat perhatian ramai.

“Saya tidak ada cemburu apabila melihat aksi Alif dengan wanita lain di kaca TV. Itu sekadar lakonan dan bermakna dia berjaya menghidupkan karakternya sehingga disukai ramai.

Yang lebih membanggakan saya sebagai isterinya ialah melihat kejayaan suami selepas berusaha keras untuk mencapai kedudukan pada hari ini.

“Sebenarnya apabila peminat mengetahui yang Alif sudah beristeri, mereka lebih hormat kepada saya dan memberi sokongan yang tidak berlebih-lebihan. Cuma saya belum bersedia untuk menemankan Alif ke majlis-majlis hiburan dan anugerah kerana mahu hanya dia yang dikenali ramai,” kata Sha Dila.

Bagi Alif Satar, 27, kemunculan Aidlifitri pada setiap tahun akan menghadirkan satu perasaan sentimental dan penuh emosi sehingga dia mampu menangis apabila mendengar takbir raya bergema.

“Saya tidak tahu bagaimana perasaan orang lain tetapi pada malam menjelang raya, apabila takbir dilaungkan, mesti saya akan rasa sebak.

“Apabila hari raya pertama pula, ada satu perasaan yang sangat lain yang membuatkan emosi saya menjadi sentimental. Rasa sedih, hiba dan sebak yang bercampur baur. Sayu hati itu lain macam dan selalu terfikir, adakah ini kali terakhir aku dapat menyambut raya?

“Apabila tiba saat bersalam-salaman satu keluarga pula, lagilah sedih. Sebab itu saya anggap hari raya ialah hari penuh emosi yang bersatu dengan rasa gembira.

“Tahun ini yang pastinya akan bertambah-tambah rasa gembira kerana disambut dengan kehadiran anak perempuan kedua. Makin bertambah ahli keluarga kami dan itu yang membuatkan persiapan hari raya lebih meriah,” kata Alif.

Dengan tema baju warna merah hati, Alif dengan isterinya, Sha Dila Halid, 33, dan dua anak perempuan mereka, Alisha Anugerah, 2, dan Ariana Mecca (empat bulan), seperti tahun-tahun lalu Aidilfitri diraikan di Kuala Lumpur.

Menjelang hari raya keempat, baharulah mereka akan ke Pulau Pinang untuk menziarahi keluarga sebelah Alif.

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan