Rihanna, 29, dan Hassan, 39, yang memiliki kekayaan bernilai AS$1.5 bilion itu baru-baru ini dilaporkan portal-portal berita antarabangsa bercuti di Sepanyol.

Foto-foto ghairah pasangan berkenaan juga turut disiarkan dalam portal-portal berita antarabangsa.

Rakan-rakan Rihanna juga mendakwa penyanyi itu benar-benar jatuh cinta dengan usahawan yang juga Timbalan Presiden dan Naib Pengerusi rangkaian perniagaan Abdul Latif Jameel iaitu sebuah syarikat korporat terbesar di dunia.

Syarikat Abdul Latif Jameel memperoleh hak pengedaran kereta jenama Toyota di Arab Saudi, iaitu perjanjian yang membolehkan keluarga Jameel memperoleh kekayaan bernilai AS$1.5 bilion yang bakal diwarisi Hasaan.

Keluarga lelaki berkenaan juga merupakan pemilik liga bola sepak, Liga Jameel di Arab Saudi.

Rihanna yang terkenal dengan lagu Umbrella sebelum ini pernah menjalin hubungan cinta dengan penyanyi Chris Brown dan aktor terkenal, Leornado DiCaprio.

Bagaimanapun, sehingga kini tiada sebarang pengesahan rasmi daripada pengurusan Rihanna dan Hassan dibuar mengenai spekulasi hubungan pasangan itu. - UTUSAN ONLINE