Menurut Rumah lelongan GWS Auctions Incoporated, pesawat itu dijual pada harga AS$430,000 (RM1.8 juta) di Agoura Hills, California dalam satu majlis yang menampilkan koleksi kenangan daripada pelbagai selebriti.

Bagaimanapun, nama pembeli tidak didedahkan dalam nota penjualan yang disiarkan menerusi laman web syarikat ber­kenaan dan jurulelong, Brigitte Kruse.

Jurucakap GWS, Carl Carter berkata, hiasan dalaman pesawat berkenaan telah direka sendiri oleh mendiang Elvis menggunakan bahan kayu bersalut emas, tempat duduk beralas kain baldu dan karpet merah.

Rekod yang dikeluarkan oleh Pentadbiran Penerbangan Persekutuan juga mengesahkan tiada sebarang perubahan yang pernah dibuat pada hiasan dalaman dan reka bentuk pesawat berkenaan.

Liveauctioneers.com menjelaskan, pemilik asal pesawat merah jenis Lockheed Jetstar 1962 adalah Elvis dan bapanya, Vernon Presley.

Namun jet tersebut tidak mempunyai enjin manakala bahagian kokpit perlu dibaiki kerana tempat duduk juruterbangnya yang sudah rosak. – AGENSI