Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Jati diri 
si lampai

Taufik Batisah tidak mahu berdiam diri

TAUFIK BATISAH lebih selesa kalau kisah peribadinya tidak diuar-uarkan di dada akhbar atau majalah. 2
TAUFIK BATISAH lebih selesa kalau kisah peribadinya tidak diuar-uarkan di dada akhbar atau majalah.

KALAU dilihatkan kesan populariti yang diterimanya di Malaysia cukup membanggakan. Dia sudah boleh tersenyum lebar kerana namanya sudah berjaya mengharum wangi di sini.

Selama lebih 10 tahun bertapak di Malaysia, Taufik Batisah bagaimanapun tidak terfikir mahu berpindah terus di Malaysia mengikut jejak langkah para selebriti yang memilih untuk mendapatkan status penduduk tetap (PR).

Lebih selesa untuk berulang-alik dari Singapura ke Kuala Lumpur, kata Taufik dia tidak rasa itu menjadi penghalang utama dia untuk terus dikenali.

“Selama beberapa tahun saya berusaha keras untuk dikenali di sini dan alhamdulillah berkat usaha saya selama itu terbalas.

“Namun, itu tidak bermakna saya hanya perlu duduk diam sahaja. Saya sentiasa mengeluarkan karya baharu untuk pastikan kehadiran saya tidak tenggelam.

“Mengenai untuk terus menetap di Malaysia, saya rasa tidak mungkin akan berpindah terus di sini sebab saya hanya hadir ke sini sebagai penyanyi dan tidak mengambil masa berhari-hari.

“Saya selesa berulang alik dari Singapura ke Kuala Lumpur untuk menerima tawaran menyanyi sebab di Singapura juga saya turut aktif terima undangan. Jadi perlu seimbang. Kalau ada tawaran baru saya datang ke Malaysia,” katanya.

Tidak mudah jadi juri

Bukan mudah dirinya saat ditawarkan untuk menjadi juri tetap Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM2014) kerana tanggungjawab yang perlu dipikul begitu sukar untuknya tambahan lagi dia bukanlah seorang pelawak.

“Sebelum ini saya pernah dapat jemputan untuk jadi juri untuk program MLM beberapa tahun lalu, tapi terpaksa tolak sebab saya sedar bahawa saya bukan dari golongan pelawak.

“Tetapi pada awal tahun lalu, wakil Astro berjumpa dengan saya untuk menerangkan secara lebih mendalam kriteria yang perlu ada untuk jadi juri MLM, lepas itu barulah saya faham dan terus terima,” ungkapnya.

Taufik tidak keseorangan menjadi juri, malah dia turut duduk sebaris dengan pelakon tanah air, Fazura dan juara Masterchef Indonesia, Farah Quinn.

Ditanya bagaimana dia mengatasi masalah untuk memberikan komen dan kritikan kerana bimbang komen yang diberikan itu tidak menepati kehendak peserta juga penonton.

“Itu antara cabaran yang perlu saya lalui di mana saya berdepan dengan pelawak yang mempunyai banyak pengalaman dan risau andai kritikan saya itu tidak dapat diterima. Sebab itulah saya cuba komen mengikut cita rasa sendiri seperti penonton yang menonton menerusi televisyen atau mereka yang berada dalam studio.

“Saya lebih suka memberi komen membina dan positif. Tidak guna berikan komen negatif dan ‘matikan’ orang lain. Tapi selama 13 minggu saya menjadi juri, alhamdulillah saya mampu berikan komen yang bernas dan tidaklah terlalu merepek biarpun tekanan itu memang ada,” tuturnya.

Menyentuh kepada kehidupan peribadi, Taufik akui dia bukanlah seorang yang gemar untuk ‘menjaja’ kisah peribadi malah dia juga turut memadam semua gambar keluarganya yang pernah di muat naik menerusi laman sosial Instagram kerana tidak mahu mereka menerima tempias kerjayanya.

“Saya jenis yang tidak boleh terima kalau orang bercakap mengenai keluarga. Saya memang tidak boleh terima akal kalau ada pihak lain yang cuba untuk komen hal keluarga saya sendiri.

“Kalau nak kata apa, katakan sahaja tentang diri saya. Saya yang pilih untuk jadi penyanyi jadi apa pun yang terjadi saya memang tidak mahu libatkan keluarga saya dalam dunia hiburan,” tegasnya.

Menyentuh mengenai teman hidup, jejaka yang dicungkil bakatnya menerusi program realiti Singapore Idol 2004, ini bagaimana pun tiada mahu berkongsi banyak mengenai siapakah wanita yang bertuah bertakhta dalam hatinya ketika ditemu bual Hits.

Pun begitu, jejaka ini telah membuat satu pendedahan menerusi Instagramnya yang turut memaparkan gambarnya bersama wanita dikenali sebagai Sheena Akmal. Malah mereka khabarnya bakal berkahwin pada bulan hadapan.

Bertemu dengan penyanyi berketinggian 180 sentimeter di Studio Utusan baru- baru ini, dia berkongsi perasaan terujanya tatkala kini dia kembali dengan album kelima berjudul Fique.

Apa yang boleh digambarkan buat penyanyi berusia 33 tahun ini, dia seorang yang sangat memegang kepada prinsip diri yang menjadi ‘pelita’ buat dirinya bersinar megah di pentas nyanyian.

“Saya sangat pentingkan kualiti dan proses pembikinan lagu dalam album ini. Prinsip saya bila kita banyak belajar benda baharu, pasti akan membuahkan hasil yang memuaskan.

“Begitu jugalah album Fique ini yang secara peribadi saya rasakan cukup istimewa sebab semua lagu ini merupakan hasil ciptaan saya sepenuhnya dan mengikut cita rasa sendiri.

“Album ini mengandungi 13 buah lagu kesemuanya di mana lagu #awakkatmane merupakan lagu terakhir yang dicipta oleh saya dan akhirnya membuat keputusan untuk masukkan lagu ini dalam album Fique,” ungkapnya yang memuatkan pelbagai genre.

Katanya, lagu #awakkatmane itu, dia mahukan sesuatu yang lain namun ringkas bunyinya tatkala menjadi halwa telinga pendengar.

“Sebenarnya rentak lagu ini saya buat dalam dua atau tiga tahun dulu. Cuma lirik sahaja tiada. Jadi tercetus idea untuk buat lagu yang tidak terlalu klise dan ringkas seperti #awakkatmane yang saya hanya ambil masa sejam sahaja untuk siapkan.

“Ilham lagu ini dibuat mengikut pengalaman rakan rapat saya sendiri. Bila kami lepak bersama pasti salah seorang dari mereka akan menerima panggilan telefon dari orang tersayang, maka dari situ idea datang.

“Malah, bila lagu ini siap sepenuhnya, saya bagi kawan-kawan dengar, tapi mereka kata lagu ini merepek sangat dan agak terkejut serta kurang yakin bila saya mahu lagu ini dimasukkan dalam album saya. Tapi itulah yang saya mahukan sebenarnya.

“Dalam pada lagu ini dimainkan ada jugalah yang rasa meluat tapi mereka masih lagi mendengar dan tak sangka sampai di Malaysia juga saya terima penangan yang sama.

“Lagu #awakkatmane ini saya buat sekadar untuk hiburan dan boleh dikatakan sebagai satu lagu rakyat untuk semua. Ini namanya rezeki bila lagu ini melekat di telinga semua orang dan bersyukur lagu ini jugalah buat nama saya naik,” katanya yang kini tampil dengan single kedua, Menakluk Cinta.

Taufik juga mahu mendekati peminatnya di Malaysia dan cukup mengharapkan penantian untuk mengadakan persembahan di sini bakal tercapai.

“Ya, saya mahu memberikan setinggi penghargaan buat peminat di sini yang sentiasa menyokong perjalanan karier seni. Untuk itu saya kini sudah mendapat kata sepakat daripada pihak syarikat rakaman saya untuk mengadakan persembahan di sini pada penghujung bulan April ini.

“Cuma, tentang lokasi dan masa, masih lagi dalam perbincangan dan tidak dapat ditetapkan secara terperinci,” katanya.

Tamatkan kemarau enam tahun

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan