Janna Nick 

Kejadian di sebuah syarikat minggu lepas, seorang pereka pakaian lelaki dikatakan menarik diri daripada bekerjasama dengan Janna. Dia kesal dengan tindakan Janna yang dilihat ‘menarik muka’ terhadap dirinya selepas menolak untuk memakai baju yang disediakan. Itu cerita yang Pancaindera dengar sendiri daripada sumber industri.

Mujurlah Janna tidak membiarkan isu itu melarat, penyanyi Mungkin Saja ini memberitahu keputusan dibuat bukan dengan niat sengaja menolak.

“Saya cakap jujur saja, baju yang dia sediakan tidak sesuai. Salah satu baju itu lebih kurang sama dengan baju yang saya pernah pakai ketika fotografi bersama media lain, risau orang kata saya ulang tayang baju sama pula.

"Baju yang kedua pula sejenis gaun, ia sangat seksi tanpa tali, di paras peha saja. Bayangkan! Itu bukan imej saya. Takkan saya nak merosakkan imej sendiri dengan berpakaian seksi demi menjaga hati orang lain?" Itu penjelasan Janna, mempertahankan diri.

Tunggu dulu, ada lagi penjelasan si manis ini. Katanya, bukan kesemua baju yang dipandang sepi.

"Saya ada juga pakai salah satu baju dia walau pun gaun itu hanya dengan lengan pendek paras bahu. Apabila saya masuk bilik untuk mencuba baju ke-empat, dia (pereka pakaian) terus balik bawa semua baju tanpa bercakap sepatah pun dengan saya.

“Saya tak akan ubah cara pemakaian semata-mata untuk memuaskan hati mana-mana pihak. Ini melibatkan kerja secara profesional. Dia sebagai pereka fesyen perlu tahu fesyen dan gaya yang sesuai untuk artis itu. Saya akan pakai baju itu jika pakaian itu tidak seksi dan tidak menjatuhkan maruah saya,” jelas Janna.

Dakwaan mengatakan pelakon berusia 22 tahun ini buat muka sombong dan menarik muka selepas melihat koleksi baju pereka tersebut, Janna sekali lagi menegaskan bahawa dakwaan itu adalah tidak benar.

“Bila masanya pula? Saya menarik muka itu tidak benar. Ketika dia tunjuk koleksi baju yang dibawanya, saya terus beritahu tidak mahu pakai. Saya cakap dengan nada yang baik, bukan tarik muka tau.

“Orang yang tidak tahu cerita sebenar akan beranggapan memang perangai saya macam itu dan akan kata itu memang perangai saya. Kalau boleh saya nak jumpa dengan dia semula. Bukan mencari gaduh tetapi saya mahu bincang, selesaikan perselisihan faham kami. Perkara ini tidak berlanjutan menjadi buruk. Sebab ianya melibatkan periuk nasi saya dan juga bisnes dia,” tegasnya.

Tahun lalu, Janna Nick pernah dikatakan berlagak dan tidak mesra dengan orang. Bila berlakunya kejadian seperti ini, menguatkan lagi spekulasi mengenai sikapnya itu. Tetapi janganlah mudah percaya dengan apa yang didengari sebelum mengetahui cerita sebenar.

Industri seni ini kecil saja, pusing-pusing pasti akan terjumpa balik. Diharap Janna dan pereka fesyen itu dapat menyelesaikan masalah mereka dengan baik supaya boleh bekerjasa

Fokus Bisnes

 

BERBALIK kepada karier, tahun 2017 adalah waktu untuk Janna memberi perhatian penuh kepada bisnes produk Sephia All-In-One Argan Oil by Janna Nick iaitu minyak argan yang sesuai dipakai di seluruh badan, kuku dan rambut. Dia juga tidak mahu ambil banyak tawaran kerja seni dalam masa setahun ini.

“Untuk 2017 ini, fokus utama saya adalah bisnes produk Sephia yang mula dilancarkan. Insya-Allah, saya mahu mengembangkan bisnes ini ke peringkat yang lebih besar. Sebab itu, saya tidak terima tawaran yang banyak supaya ada masa untuk bisnes ini.

“Tambahan pula, saya sudah mula sibuk dengan penggambaran drama 60 episod yang mengambil masa dalam lapan bulan. Takut nanti terlalu banyak kerja, tidak ada masa untuk diri sendiri.

“Tetapi jika tawaran seperti pengacara, artis jemputan atau telemovie yang tidak mengambil masa penggambaran yang lama, saya akan terima. Manakala, karier nyanyian pula, Insya-Allah dalam tahun ini juga saya ada perancangan untuk mengeluarkan single kedua namun masih dalam proses pencarian lagu yang sesuai,” kata Janna.