Kamal Adli dan Emma Maembong 

Ada orang cakap, punca pergaduhan itu ekoran hubungan akrabnya dengan pelakon Zahirah MacWilson selepas berlakon sama dalam drama Duda Pujaan Dara. Itu saja ke?

Hujung-hujung cerita, pergaduhan mereka macam mana? Sekarang mereka berdua dah berbaik semula, khabarnya. Kan Mary Jane dah cakap, tak ada apa yang hendak dikecohkan dalam kes pergaduhan mereka beberapa minggu lepas tu. Orang luar saja bikin kecoh dan beri tanggapan yang macam-macam, sebenarnya Kamal dan Emma itu okey-okey saja.

Apa jua dugaan yang melanda hubungan mereka selama ini, daripada kes tak dapat restu keluarga, bergaduh hinggalah masuk bab cemburu itu sebenarnya memberi pengukuhan terhadap kubu cinta yang dibina hampir tiga tahun itu.

Kamal sebelum ini juga mengakui dia mempunyai matlamat jelas dalam hubungan cinta dengan Emma. Dan sebagai lelaki, dia juga tahu batas-batas yang perlu dijaga sepanjang bercinta, tak semua boleh diredah. Sebab itu, jika dia selalu dilihat mengalah dalam apa jua permasalahan yang tercetus membabitkan cintanya setiap kali dibincangkan umum.

Baguslah kalau macam itu. Semakin banyak halangan untuk mendirikan masjid itu sebenarnya memberi kekuatan buat Kamal sebelum bergelar suami nanti. Nanti apabila sudah jadi suami betul-betul, lagi mudah nak hadapi masalah mendatang.

Cumanya, nak tanya di sini, jadi ke tidak majlis mengikat Emma itu pada hujung tahun ini seperti mana yang diperkatakan sebelum ini? Hei, jangan lambat-lambat tau nak ikat Emma itu. Kang melepas, rugi. Lagipun rasanya sedang elok kalau Kamal segerakan hasrat murni itu memandangkan pada waktu itu khabarnya sudah tidak ada halangan yang menyekat keinginan Kamal itu. Ayah Emma pun dah okey, jadi apa lagi Kamal? Tolong bertindak segera.

Sudah pastilah semua pihak teringin nak tengok mereka bersanding di pelaminan bahagia. Bercinta lama sangat pun tak elok juga, hilang manis dia nanti. Elok-elok masih muda bergetah, semua tengah fit, lebih mudah nak membina rumah tangga yang sihat dan bahagia. Tak perlu tunggu sampai kerepot baru nak bernikah.