Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Izreen Azminda beri isyarat?

KUALA LUMPUR 29 MAC 2016 - Sesi fotografi Pelakon, Izreen Azminda
Izreen Azminda

NIAT asalnya cuma mahu meluahkan rasa hati yang sunyi yang sesekali singgah dalam jiwanya.

Namun Izreen Azminda tidak menyangka bahawa beberapa karangan luahan hati yang dikongsi di laman sosial miliknya menyebabkan ramai yang menganggap dia memberi isyarat sudah bersedia untuk mencari cinta baharu untuk menghiasi hidup solonya.

Sejak berpisah dengan bekas suami­nya,Muhammad Riza pada Jun 2014, Izreen masih belum menemui pengganti untuk bergelar suami dan bapa kepada anaknya, Adrian Umar yang kini berusia tiga tahun.

Menafikan bahawa dia sedang mencari cinta baharu, yang diluahkan di laman sosial cuma sekadar luahan rambang dan tidak bermaksud dia sedang memberikan isyarat tertentu.

“Saya muat naik luahan itu bukan kerana saya nak cari pengganti baharu dalam masa terdekat. Ya, memang saya ada rasa sebegitu tetapi sekadar perasaan yang datang seketika dan kemudian saya akan okey. Bahkan memang saya baik-baik saja.

“Kalau ada yang terbaca dan buat spekulasi sendiri, terpulang kepada mereka. Saya tak pernah peduli pun orang nak cakap kerana yang penting, saya tahu diri saya ,” katanya.

Turut mengulas mengenai gelaran 'ratu cinta lokasi’ yang terpalit kepada dirinya, Izreen cuma ketawa sambil berseloroh yang dia tidak pernah mengejar gelaran seperti itu.

Menganggap kebanyakan orang tidak tahu cerita di sebalik tabir dan cuma mendengar yang dicanang dek khabar angin, kata wanita berusia 31 tahun ini, dia bukannya sengaja mahu mencari kontroversi dengan cara begitu.

Terkini menerusi gosip dengan pelakon Redza Rosli yang bertebaran baru-baru ini.

“Saya sendiri hairan macam mana boleh timbul cerita saya bercinta dengan Redza. Nak juga tahu siapa yang buat cerita. Takkanlah kerana saya pernah kemalangan dengan Redza sebelum ini maka orang pun galak kaitkan saya bercinta dengan dia.

“Kemudian orang pun katakan, 'oh Izreen memang suka terjebak dengan cinta lokasi, memang itulah sasaran dia, mudah sangat jatuh cinta dengan pasangan pelakon di lokasi.'

“Kata-kata begitu sebenarnya buat saya terfikir, kenapa orang cepat buat andaian? Saya berkawan saja dengan dia, bukannya bercinta pun,” katanya.

Rimas lelaki muda

Berkongsi lanjut, kata Izreen lagi, dia juga kerap kali dikaitkan dengan lelaki muda menyebabkan dia berasa tidak selesa terutama dalam mengikis persepsi masyarakat.

“Orang tanya saya tak rimaskah berkawan dengan lelaki muda. Yang saya boleh katakan, orang yang tak tahu cerita, yang dengar daripada mana-mana pihak dan menuduh saya macam-macam, mereka adalah orang yang tidak tahu apa-apa pun mengenai saya,” katanya.

Mengaku rimas dengan andaian orang, kata Izreen seandainya dia sudah bersedia untuk bercinta atau mendirikan rumah tangga buat kali kedua selepas ini, dia tidak akan mengutamakan lelaki muda sebagai kriterianya.

Menganggap lelaki muda kurang berpengalaman, kata Izreen, dia juga punya banyak sebab lain sekiranya mahu meletakkan komitmen dalam sesuatu hubungan yang lebih serius.

“Kalau saya nak kahwin lagi selepas ini, secara rasional dan logiknya, saya akan pilih orang yang boleh jaga saya, kukuh dari segi ekonomi, seorang yang stabil dan matang, orang yang boleh sayang saya dan boleh membuatkan saya rasa selamat dengannya.

“Kalau lelaki muda ini, susah. Silap haribulan, kita pula yang kena jaga dia,” katanya.

Tidak cuma itu, kata Izreen, berdasarkan pemerhatian yang sering berlaku dalam ruang industri hiburan, pelakon lelaki baharu juga kadangkala cepat terjebak dengan cinta lokasi kerana mereka punya agenda tertentu demi kepentingan diri.

Istilah pelakon baharu menempel pelakon senior untuk populariti, kata Izreen, bukan satu dongeng kerana ada segelintirnya memang punya niat sebegitu.

“Mereka cipta drama cinta untuk naikkan nama, supaya dikenali dan kemudian senang dapat tawaran dan sebagainya selepas itu.

“Saya tak kata mereka menumpang tetapi itulah tanggapan orang dan biasanya memang begitu,”katanya.

Menganggap mungkin ramai lagi yang tidak benar-benar mengenali dirinya, Izreen berkata, dia sememangnya seorang yang mempunyai personaliti mudah mesra dan 'gila-gila’ dengan sesiapa sahaja dan tidak menolak, mungkin ada yang salah faham dengan karektornya yang sebegitu.

“Tak tahulah kalau lelaki yang cuba dekati saya memang suka wanita macam saya ini. Tapi kalau soal cinta lokasi, saya bukan sengaja nak kejar cinta sesama pelakon.

“Saya profesional dan cinta yang saya berikan kepada pasangan saya dalam drama itu adalah kerana tuntutan watak dan memang saya akan berikan sepenuhnya.

“Tetapi kalau ada ingat lain, itu bukan masalah saya,” katanya.

Dalam pada itu, Izreen memberitahu, dia yang selesa dengan gelaran solo buat sementara waktu ini tidak mungkin akan berpatah kembali kepada bekas suaminya.

Jawapan itu diberikan oleh Izreen ketika ditanya sama ada dia ada membuka hati untuk kembali kepada Riza seandainya jodoh mereka masih kuat.

“Saya tak fikir begitu. Tetapi saya puji cara dia melayan anak kami. Dia seorang bapa yang baik dan yang penting dia tidak lupa menjalankan tanggungjawabnya sebagai bapa dan memberi nafkah kepada Adrian,” katanya.

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan