Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Isu penaja & ciplak Dangdut Star

PARA peserta Dangdut Star pada sidang akhbar baru-baru ini. Turut 2
PARA peserta Dangdut Star pada sidang akhbar baru-baru ini. Turut kelihatanPengarah Urusan Jamu Mak Dara Sdn. Bhd., Syed Muhammad Gadaffi Syed Ali (empat dari kiri).

BUKAN mahu merendah-rendahkan kualiti program realiti bahkan kebanyakannya mempunyai format yang bagus dan mampu menarik minat penonton.

Cuma timbul beberapa perkara apabila lambakan program realiti yang dewasa ini semakin banyak dibayangi dengan promosi produk kecantikan dan kesihatan gara-gara menjadi penaja program.

Sehinggakan apabila terlalu banyak paparan berbaur promosi dan pemasaran produk dengan penaja utama juga sibuk 'masuk televisyen' membuatkan adakalanya sesuatu program realiti itu hilang hala tuju kerana seolah-olah dibayangi oleh penaja.

Nak tengok orang bertandingkah atau nak tengok orang jual produk?

Lihat sahaja program-program terbitan Astro seperti Gegar Vaganza dan Gempak Superstar misalnya, semua berlumba-lumba mahu menonjolkan diri dan produk masing-masing.

Mungkin alasan mereka, sudah keluarkan wang berjuta-juta, kenalah ambil peluang yang sedia di depan mata.

Terkini, Astro bakal menghidangkan pula sebuah program realiti baharu, Dangdut Star.

Seperti program-program sebelum ini, Dangdut Star juga mempunyai penaja rasmi daripada syarikat produk kecantikan dan kesihatan.

Apakah pendekatan mereka juga sama seperti penaja-penaja sebelum ini?

Bukan itu sahaja, Dangdut Star juga disamakan dengan program realiti popular Indonesia, D'Academy lantaran pencarian bakat muzik genre dangdut daripada kalangan artis.

Bertanyakan kepada Penolong Naib Presiden Pengurus Saluran Astro Prima, Farah Zainul, yang hadir dengan penjelasan tersendiri terhadap isu berbangkit.

Program realiti hari ini dilihat semakin banyak dibayangi oleh penaja produk kecantikan dan kesihatan, apa komen anda apabila program Dangdut Star juga dikatakan begitu?

Sememangnya apabila kita terbitkan sesebuah program realiti, kita perlukan kerjasama daripada kelompok penaja seperti ini dan juga sokongan mereka untuk memperhebatkan lagi program itu. Seperti Dangdut Star, kami menerima tajaan daripada syarikat Jamu Mak Dara (JMD). Kita tahu jenama JMD sangat sesuai dengan konsep sepanjang zaman.

Sebagai sebuah rangkaian siaran, Astro juga mahu memberikan sesuatu yang lebih baik kepada JMD. Berdasarkan ruang dan platform yang ada, kami rasa JMD menepati kesesuaian konsep untuk program Dangdut Star yang kita tahu, genre Dangdut juga bersifat malar segar. Astro juga tidak mengambil sesuatu penajaan secara membuta tuli. Kami tengok dan kaji kesesuaian untuk menjaga kualiti program.

Bagaimana pula dengan isu Dangdut Star yang dikatakan menciplak format program D’Academy Asia dari seberang?

Kalau tengok pada format, semua pertandingan realiti nyanyian adalah sama sahaja. Ada penyanyi, ada juri yang menilai. Yang membezakan mungkin dari segi genre, tugasan peserta dan cara mentor yang disediakan. Tetapi objektif ialah mencari pemenang kepada pertandingan itu. Tiada isu meniru mana-mana pihak. Harus diingat, di Malaysia kita juga ada muzik dangdut cara kita. Jadi tiada istilah meniru sesiapa. Malaysia juga banyak program pertandingan realiti khususnya dalam nyanyian. Cuma yang membezakan adalah format peyampampaian program itu. Macam program ini, kita fokus kepada dangdut.

Apakah anda yakin program ini akan diterima ramai tanpa dibayangi penaja?

Tentulah Astro punya keyakinan yang tinggi. Kami buat kajian berkala sebelum sesebuah program realiti itu diterbitkan. Sebagai sebuah stesen televisyen, keutamaan kami adalah memberi hiburan kepada penonton. Selepas membuat kajian menerusi program realiti yang diterbitkan sebelum ini, untuk tugasan genre tradisional dan dangdut, irama ini tidak pernah gagal menarik minat penonton yang kemudiannya menyumbang kepada jumlah tontonan yang tinggi pada minggu yang dianjurkan.

Maksud di sini, penonton terhibur. Saya juga percaya, kalau pergi pusat karaoke pun mesti ramai yang akan bawa genre ini walaupun cuma untuk berseronok. Sebab itu kita cuba lakukan ini dan mengapa tidak kita buka satu platform dan ruang untuk peserta yang berminat dan berbakat untuk menonjolkan kelebihan mereka di pentas yang sesuai.

Bagaimana pula dengan isu program realiti yang meletakkan artis sebagai peserta yang bertanding. Dangdut Star juga menyaksikan perkara yang serupa berlaku. Komen?

Untuk sesebuah pemilihan dalam program realiti, kalau boleh, kita memang nak pastikan seseorang peserta itu memiliki latar belakang yang kuat dalam bidang nyanyian. Itu asas yang kukuh buat peserta. Kalau ambil yang 'kosong’, dia akan jauh ketinggalan daripada peserta lain. Jadi sebab itulah kami beri keutamaan kepada mereka yang memiliki pengalaman dalam bidang nyanyian.

Tetapi seandainya mereka pernah memasuki program realiti atau pernah merakamkan single atau album sebelum ini, itu adalah nilai tambah buat peserta itu. Yang dimaksudkan ialah penyanyi atau mereka yang sudah dikenali sebelum ini. Kalau tengok program Gegar Vaganza misalnya, kriteria program sememangnya memerlukan peserta itu seorang penyanyi. Macam program Dangdut Star, ada peserta yang sememangnya penyanyi tetapi tidak semestinya dia merupakan seorang juara. Kita kategorikan mereka adalah orang yang berpengalaman menyanyi.

Tak bimbangkah seandainya menjadi isu double standard kerana mereka memang sedia ada seorang penyanyi. Komen?

Bagus kalau mereka sudah ada nama dan ada antara mereka, pernah jadi finalis untuk pertandingan realiti sebelum ini. Malah salah seorang daripada mereka pernah memasuki program realiti di seberang. Tetapi berbalik kepada faktor nilai tambah itu tadi, yang kami fokus adalah kepada peserta yang mempunyai faktor wow.

Kalau mereka adalah seorang penyanyi sebelum ini pun, itu bukan jaminan mereka untuk muncul juara. Ya, mereka ada pengalaman tetapi itu belum menjadi penentu sama ada mereka benar-benar boleh menyahut cabaran genre dangdut. Ini kerana ada antara mereka yang tidak ada asas dalam genre ini. Itulah cabaran yang akan kita nilai sama ada mereka mampu atau tidak.

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan