SHANE bersama isterinya, Gillian.
SHANE bersama isterinya, Gillian.

Wanita berusia 39 tahun itu diisytiharkan bankrap oleh mahkamah tinggi pada 23 Julai lalu kerana mempunyai hutang bernilai kira-kira RM106 juta.

Menurut Daily Mail Online, salah satu punca kepada perkara tersebut ialah kerana Gillian dan Shane mempunyai hutang bersama.

Sebelum bankrap, Shane menubuhkan syarikat hartanah, Shafin Developments bersama abangnya, Finbarr yang menggunakan wang pinjaman daripada Bank Ireland dan Bank Ulster.

Selepas bankrap, pasangan suami isteri yang berkahwin pada tahun 2003 ini terpaksa menjual rumah mereka di Sligo, Ireland. - UTUSAN ONLINE