Cerita seorang kawan Poklip ini, peminat sudah mula mempersoalkan tentang tindakan milik penyampai radio itu yang sudah tidak lagi memuat naik gambar isterinya, Syuhadaa Syafiqqa Abdul Rashid dalam laman sosial.

Malah, ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha baru-baru ini, Issey langsung tidak berkongsi apa-apa status tentang isterinya. Hanya sekeping gambar bersama ibunya yang dikongsi oleh penyampai radio ini.

Mula-mula Poklip fikir ia adalah atas dasar kerja sebab ada juga artis yang kurang memuat naik gambar pasangan kerana kerja. Tapi bila dengar cerita panas macam ini membuatkan kita berfikir dua tiga kali jugalah.

Tak silap Poklip, Issey juga sebelum ini juga pernah mengakui rumah tangganya bergolak. Dia juga memohon doa daripada peminat agar masjid yang dibina pada 19 Mac tahun lepas kekal utuh.

Apakah tidak mampu diselamatkan lagi? Harapnya cerita ini hanyalah khabar angin yang tersebar. Bukan apa, bab rumah tangga ini susah juga.

Yelah, mana tahu Issey dan isteri sedang enak diulit bahagia yang kita pula cerita sebaliknya. Kalau gaduh-gaduh kecil itu biasalah. Sedangkan lidah lagi tergigit apatah lagi suami isteri. Nanti Issey cerita apa sebenarnya pada Poklip tau!

SOLOK LADA: Tak sabar nak tunggu Konsert High Pitch di Istana Budaya. Ada Ziana Zain, Jaclyn Victor dan Azlan and The Typewriter. Siap sedia untuk peperangan vokal di pentas nanti!

Busuknya ketiak! 

Hari itu, masa tengah lepak-lepak dengan seorang pereka fesyen
 ini, keluar satu cerita tentang seorang artis wanita ini. Punyalah sakit hati si polan ini dengan kebersihan diri si artis tinggi lampai itu.

Mana tidaknya, hari itu dia ada memberi pinjam sepasang baju kepada artis ini tadi. Tapi, bila dipulangkan baju itu, habis berbau masam.

Ingatkan ada lauk tertumpah ke, rupa-rupanya pada bahagian ketiak baju, bau meloyakan.

Ketawa sakan rakan-rakan lain yang mendengar cerita itu. Yelah, sekarang ini kita ada macam-macam jenama deodoran di Malaysia. Takkan satu pun tak dibelinya, habis berbau baju pinjam tu. Dahlah meminjam, tak hargai pula. Muka cantik tata rias bukan main lagi tebal tapi bab-bab penjagaan diri ini hancur. Sedih tau!

Sesama ‘Datuk’ pun berlagak ke?

SEORANG artis bertaraf senior cerita dekat Poklip, kisah lagak seorang rakannya yang juga seorang artis lama.

Sejak perniagaannya berjaya hingga ke peringkat antarabangsa dan mendapat pula gelaran Datuk, lain macam sungguh laku kawan itu, termasuklah dengan kawan-kawan rapat. Kalau hendak menegur pun, kena dahulukan, “gelaran saya Datuk ya, sila panggil saya Datuk.”

Mula-mula artis ini tak nak percaya kata-kata orang tentang si polan yang sudah berubah perangai. Bila berjumpa, bukan main seronoklah dia sebab jumpa sahabat lama yang pernah sama-sama ukir nama dalam bidang seni. Tetapi, baru saja sebut nama, dia sudah kena ‘sound’. Si kawan tadi mengingatkan pelakon kacak tadi untuk memanggilnya dengan gelaran Datuk.

“Bayangkan, kami bersahabat punya lama, berpuluh tahun, berlakon pun seiring meningkat naik. Tapi, dia sudah mengurangkan aktiviti seninya dan lebih fokus kepada perniagaan.

“Mula-mula orang cerita dia sombong tak nak percaya. Tapi bila saya jumpa sendiri dan dia tunjuk belangnya, baru saya mengerti ada manusia yang hidup berpaksi pangkat dan darjat,” luah artis kacak ini yang juga bergelar Datuk.

Kalau dulu, seboleh mungkin dia pertahankan kawannya itu depan orang lain. Tetapi, bila kena dekat batang hidung sendiri, nak tak nak, dia kena percaya jugalah. Oh manusia!