Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Indah pilih orang Jepun

Berduet dengan Shunpei Nakagawa sebagai platform untuk kembangkan bakat di negara itu

Lagu Aishiteru Selamanya merupakan perintis untuk Indah dan Shunpei 3
Lagu Aishiteru Selamanya merupakan perintis untuk Indah dan Shunpei Nakagawa mengatur karier masing-masing ke peringkat antarabangsa.

Hendak kekal lama dalam industri muzik tempatan pun agak sukar, apatah lagi hendak meneroka pasaran luar seperti di England yang sarat dengan penyanyi hebat.

Mengakui perkara tersebut sesuatu yang sukar, bagi Indah Ruhaila, 29, tidak salah jika dia menyimpan impian besar untuk menembusi pasaran sana suatu hari nanti.

Jelas Indah lagi, beberapa artis tempatan sudah membuktikan kemampuan mereka seperti Yuna dan kejayaan itu sememangnya menjadi inspirasi buatnya.

“Lagipun, bila berada di sana, banyak yang boleh dipelajari terutamanya dalam bidang muzik. Tetapi saya akui, perkara itu bukan mudah,” katanya yang menyertai pertandingan Akademi Fantasia 2013.

Memulakan kerjaya seni sejak 2008, Indah mengakui perjalanan karier seninya masih lagi baru.

Tetapi, dia yakin kerjaya seninya kini semakin meningkat berdasarkan pemerhatian tetapi cuba untuk mengelak daripada terkait dengan mana-mana kontroversi.

Mengakui kontroversi antara yang menaikkan nama seseorang artis dalam industri, jelas Indah, kalau boleh dia cuba mengelak perkara tersebut.

“Saya lebih selesa untuk orang melihat diri melalui bakat dan bukannya kontroversi. Lagipun setakat ini, belum ada lagi kontroversi yang berat.

“Kalau ada pun mungkin kerana fesyen yang saya gayakan atau warna rambut yang sebelum ini menjadi perhatian.

“Sekurang-kurangnya ada juga orang kenal saya tetapi untuk kontroversi melampau, memang saya cuba elakkan,” ujarnya.

Dalam pada itu, ditanya mengenai persaingan antara penyanyi wanita kini yang semakin ramai, jelas Indah, dia sentiasa melihat perkara itu daripada sudut yang positif.

Malah, dia sendiri lebih selesa untuk melihat kehadiran artis baharu ibarat satu pertandingan untuk menjadi lebih baik.

“Saya memang suka bertanding kerana melalui pertandingan kita akan cuba untuk tingkatkan usaha dalam nyanyian.

“Melalui pertandingan juga seseorang itu boleh menilai apa kelemahan sendiri. Tetapi, tidaklah saya anggap semua artis sebagai saingan.

“Ia lebih kepada sesuatu yang sihat sebenarnya dan bukan negatif,” kata penyanyi yang nama sebenarnya, Siti Ruhailah Hussein.

Guna khidmat penggiat seni tempatan

Pertama kali berduet dengan artis tempatan, Shunpei Nakagawa, tidak menjangka dia dapat mengembangkan bakatnya dalam industri muzik tempatan.

Shunpei yang juga merupakan peserta program realiti Door To Asia 2014 berharap kedatangannya dapat diterima dengan baik peminat muzik tempatan.

“Melihat kerjasama yang baik antara saya dan Indah membuatkan saya mencari lagi peluang untuk menyanyi bersama artis Malaysia.

“Saya ada melihat beberapa artis Malaysia dan sudah terbayang untuk mengadakan kolaborasi bersama dengan mereka,” jelasnya.

Shunpei juga menyifatkan, tidak sukar baginya untuk menyanyi dalam bahasa Melayu walaupun tidak pernah bertutur sebelum ini.

Malah, dia juga mungkin perlu untuk mempelajari bahasa Melayu kerana projeknya selepas ini adalah bersama dengan DJ Fuzz.

“Saya sudah merancang single solo yang seterusnya bersama dengan DJ Fuzz. Jadi, itu mungkin akan memberi kelebihan untuk saya terus mempelajari bahasa Melayu,” jelasnya.

Ditanya pendapatnya jika Indah mahu meluaskan muziknya di Jepun, jelas Shunpei, wanita itu mampu melakukan jika dia berusaha secara gigih.

“Indah mempunyai vokal yang baik dan jika dia berusaha dengan gigih untuk menembusi pasaran muzik Jepun, saya rasa itu bukan sesuatu yang mustahil,” jelasnya.

Baru-baru ini Indah telah melancarkan single terbaharunya berjudul Aishiteru Selamanya yang dinyanyikan secara duet bersama artis Jepun, Shunpei Nakagawa, 20.

Menariknya, lagu tersebut dirakamkan dengan mencantumkan lirik bahasa Jepun dan tempatan.

“Setakat ini kita lakukan promosi di sini dahulu tetapi untuk ke Jepun, belum ada tarikh tetap lagi untuk membawa lagu ini ke sana.

“Jika lagu ini akan dipromosikan di Jepun, sudah pasti saya akan gunakan peluang yang ada untuk mengembangkan karier saya ke sana,” jelasnya.

Tambah Indah lagi, dia juga bersedia sekiranya lagu itu dialih bahasa ke dalam bahasa Jepun untuk menyesuaikan lagu tersebut berada di sana.

“Saya tidak kisah. Kalau kena menyanyi dalam bahasa Jepun, saya sedia untuk menyanyi dan belajar.

“Tetapi kalau boleh, biarlah ada sedikit lirik Melayu dalam lagu tersebut kerana sekurang-kurangnya, dapat juga kita perkenalkan bahasa kita ke sana,” ujarnya.

Bercerita mengenai pasangan duetnya, Indah mengakui dia sangat kagum dengan bakat yang dimiliki oleh penyanyi Jepun itu.

Malah, keupayaan Shunpei menyanyi dalam bahasa Melayu biarpun sedikit, membuktikan kesungguhannya untuk berada dalam industri tempatan.

“Shunpei mempunyai kualiti vokal yang sangat baik. Malah, nyanyiannya dalam bahasa Melayu juga sangat lancar.

“Sebenarnya, saya merakamkan lagu secara berasingan dengan Shunpei tetapi cara dia menghayati memang cukup mengagumkan,” jelasnya.

Sedia nyanyi bahasa Jepun

Baru-baru ini Indah telah melancarkan single terbaharunya berjudul Aishiteru Selamanya yang dinyanyikan secara duet bersama artis Jepun, Shunpei Nakagawa, 20.

Menariknya, lagu tersebut dirakamkan dengan mencantumkan lirik bahasa Jepun dan tempatan.

“Setakat ini kita lakukan promosi di sini dahulu tetapi untuk ke Jepun, belum ada tarikh tetap lagi untuk membawa lagu ini ke sana.

“Jika lagu ini akan dipromosikan di Jepun, sudah pasti saya akan gunakan peluang yang ada untuk mengembangkan karier saya ke sana,” jelasnya.

Tambah Indah lagi, dia juga bersedia sekiranya lagu itu dialih bahasa ke dalam bahasa Jepun untuk menyesuaikan lagu tersebut berada di sana.

“Saya tidak kisah. Kalau kena menyanyi dalam bahasa Jepun, saya sedia untuk menyanyi dan belajar.

“Tetapi kalau boleh, biarlah ada sedikit lirik Melayu dalam lagu tersebut kerana sekurangkurangnya, dapat juga kita perkenalkan bahasa kita ke sana,” ujarnya.

Bercerita mengenai pasangan duetnya, Indah mengakui dia sangat kagum dengan bakat yang dimiliki oleh penyanyi Jepun itu.

Malah, keupayaan Shunpei menyanyi dalam bahasa Melayu biarpun sedikit, membuktikan kesungguhannya untuk berada dalam industri tempatan.

“Shunpei mempunyai kualiti vokal yang sangat baik. Malah, nyanyiannya dalam bahasa Melayu juga sangat lancar.

“Sebenarnya, saya merakamkan lagu secara berasingan dengan Shunpei tetapi cara dia menghayati memang cukup mengagumkan,” jelasnya.-Gambar ENGKU ARIFF IMRAH ENGKU ABDUL AZIZ

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan