Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Huma Qureshi berlakon dengan Tom Cruise?

ROME - JANUARY 28:  Actor Tom Cruise attends 'Valkyrie' Rome premiere 2
Tom Cruise

NEW DELHI – Selepas aktres Deepika Padukone dan Priyanka Chopra, masing-masing tampil dalam filem Hollywood, xXx: Xander Cage Returns dan Baywatch, seorang lagi pelakon wanita dari India bakal melebarkan sayap lakonan ke Barat.

Portal Hindustan Times melaporkan, aktres Bollywood, Huma Qureshi, baru-baru ini menghadiri uji bakat untuk sekuel filem ketiga The Mummy yang bakal dibintangi aktor terkenal, Tom Cruise dan Sophia Boutella.

Jurucakap Huma turut mengesahkan perkara berkenaan.

“Huma telah menghadiri uji bakat untuk filem tersebut. Jika terpilih membintangi The Mummy, ini adalah permulaan karier yang bagus untuknya di Hollywood,” kata jurucakap itu.

Difahamkan, aktres itu menjalani uji bakat untuk membawa watak pelakon wanita utama di samping Cruise.

Huma kini sibuk menjalani penggambaran filem Hollywood, Oculus yang turut dibintangi adiknya, Saqib Saleem.

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan