Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Hiburan usah ‘syok’ sendiri

Pentas lawak, dunia hiburan perlu transformasi segera

Kebanyakan filem lakonan Pak Pie berkisar tentang masyarakat di 2
Kebanyakan filem lakonan Pak Pie berkisar tentang masyarakat di Pulau Pinang.

Setelah kira-kira 30 tahun berkecimpung dalam dunia hiburan tempatan, Pak Pie berkongsi rasa hatinya terhadap senario industri hiburan yang padanya kini lebih menonjolkan sifat ‘syok’ sendiri pada penggiatnya sehingga menjejaskan kualiti dan mutu sesuatu naskhah seni hiburan tanah air.

Jelas Pak Pie dalam pertemuan santai di Teluk Bahang, Pulau Pinang baru-baru ini, sudah sampai masanya dunia hiburan tanah air melalui era transformasi termasuk pentas-pentas lawak yang kononnya digerakkan untuk melahirkan pelawak terbaik.

Tegas bapa kepada tujuh anak hasil daripada dua perkahwinan yang dibina sebelum ini, transformasi perlu dilakukan demi memastikan kualiti, imej dan martabat dunia hiburan tempatan setanding dengan negara-negara lain.

“Ramai yang dilihat lebih syok sendiri dalam berkarya dan melahirkan naskhah-naskhah seni yang anak tempatan sendiri tidak mahu menontonnya.

“Kalau terus dibiarkan, sudah tentu dunia seni hiburan seperti bidang lakonan dan lawak jenaka akan dipandang lekeh bukan sahaja masyarakat tempatan tetapi masyarakat luar.

“Sebagai contoh lihat pentas lawak yang ada kini. Biarpun tugas seorang pelawak adalah untuk membuatkan penonton bergelak ketawa, tetapi itu bukan bermakna pelawak perlu membodohkan diri dengan menjadi badut di hadapan penonton.

“Lawak perlu didasari dengan jalan cerita yang kreatif. Disulami dengan pengajaran berguna untuk disampaikan kepada penonton. Bukannya sekadar lawak kosong yang langsung tidak mempunyai apa-apa pengertian untuk diteladani masyarakat.

“Bukan semua orang boleh menjadi pelawak dan perlu diingat bahawa dalam melawak ada batas-batas yang perlu dijaga agar tidak menjatuhkan imej para pelawak dan menimbulkan rasa kurang senang penonton dengan pendekatan lawak ‘sesuka’ hati yang jelas menjatuhkan imej pelawak di mata masyarakat,” katanya dengan nada yang agak serius.

Jelas Pak Pie, dalam keterbukaan masyarakat terhadap dunia hiburan kini, ramai yang mahu mencuba nasib menjadi anak seni termasuk beraksi di atas pentas lawak tetapi tidak mampu menonjolkan idea-idea kreatif dalam lawak yang dibawa.

Katanya, bukan semua orang boleh menjadi pelawak kerana pelawak yang baik adalah mereka yang idealistik dan peka dengan keadaan sekeliling termasuk isu-isu semasa.

“Jujur saya katakan, kebanyakan rancangan berunsur lawak yang disiarkan di kaca televisyen sekarang ini amat jarang ditonton, malah kalau menonton pun adakalanya langsung tidak membuatkan saya merasa lucu dan mahu tergelak.

“Pendekatan lawak yang sering diketengahkan sekarang ini lebih kepada mengutuk, memperkecilkan orang termasuk menjadikan bentuk badan seperti perut yang besar sebagai bahan untuk membuatkan penonton tertawa.

“Bagi saya pendekatan sebegitu tidak baik kerana adakalanya membuatkan pelawak nampak kurang cerdik dan kurang ajar. Sedangkan sebagai masyarakat timur kita seharusnya lebih bersopan apatah lagi jika lakonan kita itu ditonton masyarakat umum termasuk kanak-kanak,” ujarnya.

Tambah Pak Pie, kebanyakan pelawak muda atau pendatang baharu dalam industri hiburan ini jelas menunjukkan mereka kurang idea dan tidak peka terhadap isu-isu semasa yang boleh dijadikan jalan cerita yang disulami dengan unsur-unsur pengajaran dan nasihat.

“Sekarang ini lambakan pendatang baharu dalam dunia hiburan semakin ramai dan cabaran untuk menjadi anak seni lebih berliku. Jadi setiap anak seni perlu menonjolkan bakat dan kreativiti yang ada.

“Jangan sekadar syok sendiri dan bergantung dengan pakej rupa paras semata-mata kerana secara tidak langsung lambakkan anak seni yang ‘syok’ sendiri ini hanya akan menjatuhkan kualiti dan martabat industri hiburan tempatan.

“Dalam pentas lawak juga begitu, kalau lawak yang dibawa tidak menunjukkan kecerdikan dan kreativiti pelawak sendiri sudah tentu akan terkeluarlah lawak-lawak bodoh yang sekali gus merendahkan martabat dunia lawak sehingga dipandang lekeh masyarakat,” jelas Pak Pie.

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan