Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Hasan Malek bakal berlakon filem This Is Pilah

KUALA PILAH 27 Ogos - Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Seri Hasan Malek akan membuat penampilan dalam sebuah filem komedi romantik berlatarbelakangkan Adat Perpatih berjudul This Is Pilah yang dijangka ditayangkan tahun depan. 


Filem terbitan Madness Films Sdn. Bhd. (Madness Films) arahan Rosdi Md. Dali itu bakal memulakan penggambaran bulan depan.


Pengasas Madness Films, Shafirul Nizam Haron berkata, filem yang menelan belanja hampir RM1 juta dan menggunakan sepenuhnya dialek Negeri Sembilan. 


“Pelakon lelaki utama ialah penyanyi rap tempatan, Juzzthin, manakala pelakon utama wanita masih `misteri’. Filem ini akan turut dibintangi artis lain berasal dari Negeri Sembilan antaranya Waris dan Ito. 


“Ahli Parlimen Kuala Pilah akan berlakon sebagai pelakon jemputan dan kami juga sedang berunding untuk mendapatkan kartunis Ujang dan Syamsul Debat berlakon filem ini,” katanya ketika ditemui dalam Pesta Bola Merdeka Parlimen Kuala Pilah Piala Datuk Seri Hasan Malek di sini malam tadi. 


Sementara itu, Hasan yang juga Duta Besar Malaysia Ke Kemboja berkata, beliau menyambut baik penerbitan filem itu kerana secara tidak langsung mempromosikan Kuala Pilah dan keunikan Adat Perpatih Negeri Sembilan. 


“Jika penerbit fikir saya sesuai untuk berlakon dalam filem ini, saya akan cuba berikan yang terbaik untuk Kuala Pilah,” katanya. 


Filem This Is Pilah berkisar tentang hasrat seorang pemuda dari daerah ini mahu berkahwin dengan gadis idamannya, namun dihalang bapa wanita berkenaan kerana kedua-dua mereka berlainan suku. - UTUSAN ONLINE

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan